ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 26 Mei 2024.

1. Seorang bakal jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Mekah

Seorang bakal jemaah haji Malaysia, Abnil Hajar Ismail, 72 tahun, dari Jitra, Kedah meninggal dunia di sebuah hospital di Mekah akibat pembuluh darahnya pecah pada Jumaat lepas.


2. Saya nampak bumbung jatuh timpa kereta - Penduduk Apartment Putra Ria

Sekurang-kurangnya enam unit rumah terjejas selepas bumbung tercabut diterbangkan angin manakala enam kereta dan tiga motosikal rosak akibat dihempap kepingan zink daripada bumbung yang jatuh, dalam kejadian kira-kira 5 petang Sabtu di Blok 94, Apartment Putra Ria, Bangsar.


3. Bekas penyanyi, pengacara Nabil Zamanhuri meninggal dunia

Bekas penyanyi dan pengacara, Nabil Zamanhuri, 37 tahun, meninggal dunia pagi ini. Berita itu disahkan oleh kakaknya, Najihah menerusi satu hantaran di Facebook. 


4. Sudirman wajar diberi pengiktirafan lebih besar - Sahabat

Tarikh 25 Mei sangat penting dalam sejarah muzik negara yang sewajarnya diabadikan, kerana pada hari itulah lahirnya Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, 70 tahun lalu.


5. Rexy kecewa prestasi Aaron-Wooi Yik, Tang Jie-Ee Wei di Masters Malaysia 2024

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky kecewa apabila dua beregu negara yang turun sebagai pilihan pertama kejohanan, tidak memanfaatkan peluang itu untuk merebut gelaran Masters Malaysia 2024 pada ketika ia tidak disertai ramai pemain handalan dunia.


6. Tindakan dua wanita langkah kubur dirujuk kepada JAKIM, mufti

Tindakan dua wanita melangkah kubur yang tular di media sosial akan dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Mufti.


7. Subsidi bersasar diesel: Muhyiddin dakwa Anwar tak tahu apa perlu dilakukan

Bekas Perdana Menteri itu berkata, rakyat secara sinis menyinggung Anwar yang dahulunya berjanji akan menurunkan harga minyak, namun realitinya tidak begitu.


8. AEON Bank secara rasmi lancar bank digital Islam pertama di Malaysia

AEON Bank (M) Bhd secara rasmi melancarkan bank digital pada Ahad, sekali gus menjadi bank digital Islam pertama di Malaysia.


9. KFC tak pernah ada dalam senarai boikot - BDS Malaysia

Pengerusi BDS Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail menegaskan mereka tidak pernah sesekali membuat kempen terhadap rakyat Malaysia untuk memboikot KFC dari dahulu sehingga sekarang.


10. Cadangan pergi pasar: 'Hamzah nak elak jawab PN dukung golongan kaya, warga asing' - Anwar

Perdana Menteri menegaskan beliau hampir setiap minggu turun ke warung kecil dan pasar di seluruh negara serta bertanya keadaan rakyat.