awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan suspek lakukan ugutan jenayah melalui khidmat kurier

Bernama
Bernama
02/09/2021
03:27 MYT
Polis kesan suspek lakukan ugutan jenayah melalui khidmat kurier
Pihak polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan memanggil pengadu untuk dirakamkan keterangan.
SHAH ALAM: Polis sedang mengesan seorang suspek yang melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita untuk menyimbah asid dan membakar rumahnya melalui nota di dalam bungkusan kurier yang dikirimkan ke sebuah alamat di Kampung Saim, Klang dekat sini, Isnin lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Supt Mohd Khairi Shafie berkata suspek melalui nota ugutan turut mengugut untuk mencederakan mangsa, keluarga serta kawan-kawannya selain mengirim objek berbentuk tangan dengan kesan cecair merah bersama-sama bungkusan itu.
Katanya pengadu berusia 29 tahun dan bekerja sebagai jurujual di kedai emas itu juga mendakwa beliau turut menerima mesej berbaur lucah dan ugutan menerusi aplikasi WhatsApp yang dari nombor yang tidak dikenali, pada keesokan harinya.
"Pihak polis kini membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan telah memanggil pengadu untuk dirakamkan keterangan serta sedang mengesan pengirim bungkusan dan pemilik nombor telefon bimbit yang terlibat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru, polis menasihatkan orang ramai supaya menghentikan perbuatan yang tidak bermoral ini serta menyalahi undang-undang yang boleh mendatangkan kegusaran terhadap masyarakat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Khairi Shafie
#bungkusan kurier
#ugutan jenayah
#objek berbentuk tangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan