awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan suspek terlibat samun gadis, teman lelaki

Sinar Harian
Sinar Harian
03/09/2021
21:00 MYT
Polis kesan suspek terlibat samun gadis, teman lelaki
Lakaran wajah salah seorang suspek yang dikesan polis. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis masih mengesan tiga suspek yang terlibat dalam kejadian samun melibatkan seorang gadis bersama teman lelakinya pada Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, polis sudah mendapatkan fotofit suspek berdasarkan keterangan saksi.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan identiti suspek boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Noramalina Md Jamil di talian 017-318 5868 atau Pusat Kawalan IPD Sentul di talian 03-40482206," katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera semasa melakukan rompakan.
Pada jam 12.10 tengah malam Khamis, sepasang kekasih berdepan detik cemas apabila mereka disamun sekumpulan penjenayah ketika menunggang motosikal di Jalan Kuching di sini.
Mangsa bersama teman wanitanya itu menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah Jalan Kuching menghala ke Jinjang.
BACA: Pasangan kekasih berdepan detik cemas motosikal dihimpit, disamun
Dalam masa sama, sebuah motosikal jenis Honda RS150 yang dinaiki dua lelaki bertindak menarik tangan serta melibas kepala mangsa menggunakan mangga rantai motosikal dan terkena belakang topi keledarnya.
Mangsa kemudian membuat pusingan dan berpatah balik ke Jalan Kuching menghala ke pusat bandar sebelum sekali lagi dihimpit oleh motosikal suspek.
*Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#samun motosikal
#Jalan Kuching
#Yamaha Y15ZR
#fotofit suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan