awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis kesan waris mayat lelaki ditemui di tasik

Sinar Harian
Sinar Harian
04/07/2021
01:36 MYT
Polis kesan waris mayat lelaki ditemui di tasik
Mayat lelaki ditemukan dalam tasik terbiar di kawasan Tanjung Laboh, Senggarang, Batu Pahat, pada 22 Jun lalu. - Foto Sinar Harian
BATU PAHAT: Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Batu Pahat sedang mengesan waris kepada mayat lelaki yang dijumpai di sebuah tasik terbiar di kawasan Tanjung Laboh, Senggarang di sini, pada 22 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mayat tersebut ditemukan pada jam 4 petang dan identitinya masih belum diketahui.
"Mangsa mempunyai ketinggian 160 sentimeter dan mempunyai satu skru di tulang paha sebelah kanannya.
"Lelaki terbabit dipercayai meninggal dunia enam hingga tujuh hari sebelum dijumpai dan berhampirannya terdapat seutas pukat.
"Bangsa dan warganegara, tidak dapat dikenal pasti.
"Sehingga kini pihak polis masih lagi gagal mengesan waris, majikan ataupun kenalan lelaki berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Justeru katanya, pihak polis memohon kepada ahli keluarga, majikan atau orang ramai yang kehilangan ahli keluarga, pekerja ataupun kenalan boleh berhubung dengan Sarjan Bahaiah Muhamed di Balai Polis Senggarang menerusi talian 07-4291222.
Artikel asal di Sinar Harian: Polis kesan waris mayat lelaki ditemui di tasik
Topic Berkaitan
#mayat ditemui di tasik
#Tanjung Laboh
#Senggarang
#IPD Batu Pahat
#Ismail Dollah
#Bahaiah Muhamed
#skru di tulang paha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan