awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis KL lancar siasatan dalaman anggota 'terajang' suspek

Hakim Rahman
Hakim Rahman
02/06/2020
10:02 MYT
Polis KL lancar siasatan dalaman anggota 'terajang' suspek
Mazlan berkata dua anggotanya sebelum itu cuba menahan dua orang suspek yang menunggang dalam keadaan mencurigakan untuk pemeriksaan lanjut. - Gambar fail
Polis Kuala Lumpur melancarkan siasatan dalaman terhadap anggotanya yang dilihat mengasari seorang suspek dalam sebuah video yang tular ketika proses tangkapan dibuat.
Kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim, tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) sewaktu menjalankan tugas.
"Siasatan dalaman sedang dijalankan untuk memastikan tiada sebarang pelanggaran SOP ketika proses tangkapan dibuat," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam video berdurasi 13 saat yang tular di media sosial sejak pagi tadi, seorang anggota polis dirakam menendang seorang suspek yang terjatuh dari motosikal yang ditungganginya.
Mengulas lanjut Mazlan berkata dua anggotanya sebelum itu cuba menahan dua orang suspek yang menunggang dalam keadaan mencurigakan untuk pemeriksaan lanjut.
Bagaimanapun suspek tidak mengendahkan arahan tersebut dan terus memecut ke arah Jalan Ampang menyebabkan anggotanya bertindak mengejar motosikal suspek.
"Setiba di susur keluar Jalan Ampang berhampiran dengan Tasik Ampang Hilir, suspek yang menunggang melawan arus telah hilang kawalan dan terbabas di bahu jalan.
"Semasa tangkapan dibuat suspek telah bertindak aggresif dan berlaku pergelutan dengan pihak polis," katanya lagi.
Polis berjaya menahan seorang lelaki namun rakan suspek yang membonceng motosikal berjaya melepaskan diri dengan terjun ke dalam longkang besar di tepi jalan tersebut.
Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis syabu dan mempunyai dua rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah dan pecah rumah.
Suspek kini direman 4 hari dan disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakal usaha mengesan rakan suspek sedang giat dijalankan.
Topic Berkaitan
#Dadah
#hilang
#jenayah
#Kuala Lumpur
#lelaki
#Media
#media sosial
#operasi
#polis
#siasatan
#SOP
#suspek
#Syabu
#Twitter
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan