awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis KL minta mangsa liwat, cabul tampil

Sinar Harian
Sinar Harian
22/09/2018
21:04 MYT
Polis KL minta mangsa liwat, cabul tampil
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes liwat dan cabul diminta bertindak melaporkan kepada polis. - Gambar hiasan
Polis Kuala Lumpur menggesa orang ramai dan menyeru mangsa yang terlibat dalam kes liwat dan cabul untuk tampil dan melaporkan kepada polis.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, ia susulan laporan yang diterima pihaknya berhubung kes liwat yang melibatkan pelajar sebuah pusat tahfiz yang terletak di Kepong, Kuala Lumpur.
"Seramai sembilan pelajar lelaki berusia 11 hingga 16 tahun telah mengadu menjadi mangsa pengetuanya.
"Pelajar terbabit mendakwa telah dicabul dan diliwat oleh suspek yang berusia 30 tahun itu," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, kes telah disiasat oleh polis dan pertuduhan telah dibuat di Mahkamah Seksyen Putrajaya pada Rabu lalu melibatkan 11 pertuduhan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes-kes sebegini diminta supaya tidak was-was dan bertindak melaporkan kepada polis.
"Ini agar tindakan sewajarnya dapat diambil dan kerjasama orang ramai amatlah diperlukan dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat dan negara ini terus terjamin," katanya.
Topic Berkaitan
#cabul
#Datuk Zainuddin Yaacob
#Kuala Lumpur
#laporan
#liwat
#polis
#Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan