Polis Johor memburu empat lelaki berusia antara 30 dan 48 tahun yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kes jenayah kekerasan dan gangsterisme di daerah Kluang.
Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata mereka ialah K. Rajoo atau dikenali sebagai Ah Kun, beralamat di No 24, Jalan Perwira Jaya 1, Taman Perwira Jaya, Kluang dan M. Jeyamurugan atau Kendeh beralamat di No 8, Jalan Berlian 4, Taman Renggam Jaya, Simpang Renggam.
Dua lagi lelaki ialah M. Rajenderen atau dikenali sebagai Rajen beralamat di No 5, Jalan Berlian 4, Taman Renggam Jaya, Simpang Renggam dan R. Gopiraj atau dikenali sebagai Gopi beralamat di No 21, Jalan Koko, Taman Lian Seng, Kluang.
"Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan dengan individu-individu ini, diminta berhubung dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang," katanya dalam kenyataan di sini malam Ahad.
Beliau berkata mereka yang mengenali dan mempunyai maklumat mengenai kesemua lelaki berkenaan diminta menghubungi ASP Yusuf Othman di nombor talian 07-778 4222 sambungan 4215.
Bernama
Mon Feb 08 2016
Mereka yang mengenali dan mempunyai maklumat mengenai kesemua lelaki berkenaan diminta menghubungi ASP Yusuf Othman di nombor talian 07-7784222 sambungan 4215. - Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
KPM tidak kompromi kes buli di sekolah
KPM tidak akan berkompromi dengan mana-mana kes buli dan akan meminta bantuan daripada pihak polis bagi menjalankan siasatan di sekolah yang didapati berlaku terdapat kegiatan gangsterisme.
Tiada elemen gangsterism dalam pergaduhan di Dataran Merdeka - Polis
Salah faham boleh menjadi faktor yang membawa kepada pergaduhan yang dirakam dan diviralkan dalam media sosial.
Polis minta sekolah jangan sembunyi fakta pelajar bermasalah
Pihak sekolah diminta agar tidak menyembunyikan fakta pelajar bermasalah terutama yang dipercayai terlibat dalam aktiviti buli dan gengsterisme.
KDN minta sekolah tidak sembunyi jenayah libatkan pelajar
Nur Jazlan Mohamed berkata ia bagi memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan segera menangani isu itu kerana ia berada di bawah bidang kuasa polis.
Lebih 100 anggota kongsi gelap di Perak ditahan sejak bulan lalu
Operasi khas yang dianggotai lapan pegawai dan 44 anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Negeri itu dilaksanakan bagi mengawal kegiatan gangsterisme.
Polis Kluang cari empat lelaki bantu siasatan kes jenayah kekerasan, gangsterisme
Polis Johor memburu empat lelaki berusia antara 30 dan 48 tahun yang dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung kes jenayah kekerasan dan gangsterisme di daerah Kluang.
Polis siasat 'orang dalam' syarikat keselamatan terbabit kongsi gelap
Polis akan menjalankan siasatan berhubung kemungkinan pembabitan 'orang dalam' syarikat kawalan keselamatan dengan kegiatan kongsi gelap dalam kes serangan terhadap pondok keselamatan di Klang.
"Pak Lah bukan dari kumpulan yang gangster" - Saifuddin
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global Datuk Saifuddin Abdullah mempertahankan Tun Abdullah Ahmad Badawi kononnya bekas perdana menteri itu ada kaitan dengan gangsterisme.