awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis lepaskan tembakan, tahan tiga lelaki disyaki terlibat kes penculikan

Bernama
Bernama
04/04/2025
14:15 MYT
Polis lepaskan tembakan, tahan tiga lelaki disyaki terlibat kes penculikan
Polis terpaksa melepaskan tembakan sebelum menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kes penculikan dalam satu serbuan di Jalan Cengkeh, Taman Cheras, petang tadi. - Foto hiasan/X/@bernamadotcom
KUALA LUMPUR: Polis terpaksa melepaskan tembakan sebelum menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kes penculikan dalam satu serbuan di Jalan Cengkeh, Taman Cheras di sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan berkata dalam serbuan pada 2.30 petang itu, kesemua suspek berusia antara 24 hingga 30 tahun berada dalam sebuah kenderaan jenis Perodua Aruz bersama seorang lelaki yang dipercayai mangsa penculikan di Taman Nusa Bestari, Johor, awal pagi tadi.
"Ketika kenderaan pasukan polis berhenti dan mengarahkan suspek keluar dari kenderaan, suspek beberapa kali melanggar kenderaan dinaiki anggota polis dalam cubaan melarikan diri.
"Bagi menghentikan tindakan suspek yang mengancam keselamatan pasukan polis, beberapa das tembakan telah dilepaskan ke arah tayar kenderaan suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa yang berusia 26 tahun itu dipercayai telah diculik di hadapan sebuah premis hiburan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada 5.47 pagi tadi.
Motif penculikan masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#tembakan
#kes penculikan
#Taman Cheras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan