awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis lupus barang kes bernilai RM604,026

Sinar Harian
Sinar Harian
29/11/2021
21:15 MYT
Polis lupus barang kes bernilai RM604,026
Polis melupuskan barang kes bernilai RM604,026 melibatkan Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Dang Wangi. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi melupuskan barang kes dianggarkan bernilai RM604,026 pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata pelupusan berkenaan melibatkan 107 kes perjudian, 10 pelacuran, dan 20 kes penjualan cakera video digital (DVD).
"Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi telah melupuskan sebanyak 442 peralatan perjudian, 576 peralatan pelacuran, wang tunai berjumlah RM18,680 dan 118 barang curi dijumpai semula beserta wang tunai RM616 dengan nilai keseluruhan sebanyak RM541,296.
"Bahagian Siasatan Jenayah Komersial pula telah melupuskan sebanyak 6,273 keping DVD cetak rompak dianggarkan bernilai RM 62,730," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Noor Dellhan berkata, pelupusan tersebut dijalankan susulan kebenaran daripada pihak Majistret Mahkamah Jalan Duta pada 23 November membabitkan 183 kertas siasatan melibatkan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dang Wangi.
"Kesemua barang kes melibatkan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial telah dibuat permohonan pelupusan di hadapan Majistret Jalan Duta pada 26 November melibatkan 20 kertas siasatan dan telah diluluskan," katanya.
Pada masa sama, beliau memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah kerana pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lupus barang kes
#Noor Dellhan Yahaya
#IPD Dang Wangi
#Bahagian Siasatan Jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan