awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis, Maritim Malaysia siasat pematuhan SOP insiden tembakan warga Indonesia - Saifuddin

Bernama
Bernama
15/02/2025
08:15 MYT
Polis, Maritim Malaysia siasat pematuhan SOP insiden tembakan warga Indonesia - Saifuddin
Saifuddin Nasution (dua, kiri) dalam pemeriksaan armada sempena Sambutan Dua Dekad Maritim Malaysia di perairan Pulau Pinang hari ini. - Gambar/ Bernama
GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sedang menjalankan siasatan dalaman dari pelbagai sudut termasuk aspek prosedur operasi standard (SOP) berhubung insiden di perairan Tanjung Rhu, Selangor pada 24 Januari lepas.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata siasatan turut dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang oleh pasukan penguat kuasa iaitu APMM ketika menjalankan tugas.
"APMM dalam menjalankan tugas terdedah kepada ancaman nyawa, sebab kalau berlaku radar mengesan aktiviti yang mencurigakan macam mana, dia (APMM) nak akses situasi terutama pada 3 pagi di tengah-tengah samudera yang gelap.
"Jadi semua itu kita akan dapat kalau kita posisikan diri kita, kita akan faham bahawa satu ancaman nyawa, tapi yang kedua mesti ikut prosedur, SOP penggunaan senjata api dan sebagainya," katanya pada sidang media pada Sambutan Dua Dekad APMM di Persiaran Karpal Singh di sini hari ini.
Saifuddin Nasution menjelaskan berdasarkan siasatan awal polis terhadap tangkapan yang dibuat beberapa hari selepas kejadian, mendapati ia menjurus kepada aktiviti pemerdagangan orang yang juga satu kesalahan jenayah serius.
"Individu berkenaan dikenal pasti antara 'aktor' penting yang bertindak sebagai 'transporter' dan daripada situ siasatan awal menunjukkan bahawa yang berjaya disekat oleh APMM itu aktiviti pemerdagangan orang.
"Jadi, itu membawa kepada insiden pada 3 pagi yang berlaku episod kejar-mengejar iaitu usaha APMM untuk menggagalkan pemerdagangan orang pada hari berkenaan," katanya.
Beliau berkata siasatan dilakukan melibatkan pelbagai akta termasuk Akta Senjata Api 1960 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
"Kita biarkan dulu proses siasatan itu berlaku. Kita akan kemas kini (perkembangan siasatan) dari semasa ke semasa," katanya.
Sebelum ini, Saifuddin Nasution berkata dalam insiden pada 24 Januari, radar APMM mengesan terdapat 'kontak curiga' di dalam kawasan perairan negara, sebelum pasukan penguat kuasa membuat pintasan serta memberi amaran menggunakan pelaung suara namun tidak dihiraukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#insiden tembakan
#warga Indonesia
#Maritim Malaysia
#Saifuddin Nasution
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan