awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Melaka kesan enam lelaki terbabit pergaduhan

Bernama
Bernama
22/10/2021
20:42 MYT
Polis Melaka kesan enam lelaki terbabit pergaduhan
Setakat ini, lapan individu berjaya ditahan dalam Op Cantas pada 6 hingga 7 Sept lalu.
MELAKA: Polis Melaka sedang mengesan enam lelaki berusia antara 24 hingga 36 tahun bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan di Taman Sebang Mutiara Gadek, Alor Gajah pada 5 Sept lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka ACP Azlan Abu berkata enam lelaki terbabit adalah Srishashindran a/l Sundra Siganan, 30; Thavaneswaran a/l R. Sinnappan, 30; SIvalingkam a/l Chelliah, 29; Kalithasan a/l Nadaraj, 29; Prem Kumar a/l T. Vasu, 27; dan Sanjit Kumar a/l Subramaniam, 29.
"Setakat ini, lapan individu berjaya ditahan dalam Op Cantas pada 6 hingga 7 Sept lalu, dengan seorang daripadanya telah dituduh di Mahkamah Alor Gajah di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh.
"Polis Melaka ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini dan memohon kerjasama masyarakat menyalurkan maklumat, sehingga tertangkapnya individu-individu yang masih bebas," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Pada 5 Sept lepas, seorang lelaki berusia 34 tahun diserang sekumpulan lelaki dengan empat daripada penyerang bersenjatakan senjata tajam, di Taman Sebang Mutiara Gadek.
Berikutan itu mangsa mengalami cedera parah di tangan dan kaki akibat ditetak menggunakan senjata tajam berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki
#pergaduhan
#Azlan Abu
#Taman Sebang Mutiara Gadek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan