awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Melaka terima dua laporan klinik swasta disyaki palsukan keputusan COVID-19

Bernama
Bernama
15/12/2021
16:30 MYT
Polis Melaka terima dua laporan klinik swasta disyaki palsukan keputusan COVID-19
Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata pihaknya sedang menyiasat dan akan menubuhkan satu jawatankuasa teknikal antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi meneliti isu berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA
MELAKA: Polis Melaka menerima dua laporan berhubung sebuah klinik swasta di Melaka Tengah, disyaki terlibat dalam kegiatan pemalsuan keputusan ujian saringan COVID-19.
Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata pihaknya sedang menyiasat dan akan menubuhkan satu jawatankuasa teknikal antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi meneliti isu berkenaan sebelum merujuknya kepada pihak perundangan.
"Kita di peringkat awal siasatan iaitu mengambil keterangan dan merakam percakapan daripada tiga pihak termasuk KKM selain akan melihat sama ada keputusan ujian saringan COVID-19 itu terdapat kesilapan sistem atau disengajakan.
Kita telah kenal pasti dan setakat ini ia hanya membabitkan satu klinik swasta berkenaan yang masih beroperasi, dan seterusnya kita akan cari bukti terlebih dahulu mengenai perkara ini dan jika kukuh kita akan panggil pihak berkenaan," katanya kepada pemberita pada Program Kami Prihatin di Taman Sri Duyong di sini pada Rabu.
Sebelum ini media melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata pihaknya menerima aduan melibatkan sebuah klinik swasta yang telah memalsukan keputusan Kit Ujian Pantas (RTK) daripada positif kepada negatif.
Perbuatan itu terbongkar apabila pihaknya menerima seorang pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Melaka selepas kesihatannya merosot.
Sementara itu Abdul Majid berkata Polis Melaka akan mempertingkatkan kawalan di sempadan negeri ini susulan pihaknya mendapat makluman mengenai Orang Kena Tahan (OKT) Abdul Hamim Ab Hamid,32, dikenali sebagai "Long Tiger" yang melarikan diri ketika menghadiri prosiding perbicaraan di Mahkamah Majistret Tangkak, Johor.
"Di pihak Kontinjen Melaka kita akan mengerakkan pasukan Op Cantas untuk membuat kawalan dan risikan sekiranya suspek itu masuk ke negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Melaka
#pemalsuan keputusan ujian saringan
#COVID-19
#PDRM
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan