Polis minta bantu kesan tiga beranak hilang di Ipoh

Ernawati Rajagukguk, dan dua anaknya, Farisha Jan Mohamed Faiz dan Firaz Khan, dilaporkan hilang di Tanjung Rambutan sejak 13 September 2024. -PDRM
IPOH: Seorang wanita dan dua anaknya dilaporkan hilang di rumah mereka di Tanjung Rambutan di sini sejak 13 Sept lepas.
Ringkasan AI
- Seorang wanita warga Indonesia, Ernawati Rajagukguk, dan dua anaknya, Farisha Jan Mohamed Faiz dan Firaz Khan, dilaporkan hilang di Tanjung Rambutan sejak 13 September 2024.
- Bekas suami Ernawati menyedari kehilangan mereka pada 8.30 malam pada hari kejadian dan melaporkannya kepada polis.
- Polis meminta bantuan orang ramai untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kes atau mana-mana balai polis berhampiran jika mempunyai maklumat mengenai keberadaan mereka.
Abang Zainal Abidin berkata sekiranya mana-mana pihak mempunyai sebarang maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kes Sub Inspektor Ferdaus Jahya menerusi talian 019-7130163 atau menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


