NATIONAL
Polis mohon bantuan kesan pelajar tingkatan dua dilapor hilang

Qayzikri Hazimi (foto) dilaporkan hilang dari sekolahnya di Sikamat sejak tengah hari semalam. Dia kali terakhir dilihat memakai pakaian sukan sekolah. -Facebook Hazikri Hazimi
SEREMBAN: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pelajar lelaki tingkatan dua yang dilaporkan hilang dari sekolahnya di Sikamat di sini sejak tengah hari semalam.
Ringkasan AI
- Qayzikri Hazimi, seorang pelajar tingkatan dua, dilaporkan hilang dari sekolahnya di Sikamat sejak tengah hari semalam. Dia kali terakhir dilihat memakai pakaian sukan sekolah.
- Pihak sekolah dan polis sedang giat mencari pelajar tersebut. Seorang saksi melaporkan melihat Qayzikri keluar dari kelas dengan membawa beg sekolah dan menuju ke bahagian belakang asrama.
- Polis meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai pelajar tersebut untuk menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat IPD Seremban, Sarjan Shahrul Azhar Hamdan di talian 014-3434007.
"Seorang saksi iaitu rakan sekelas ada ternampak pelajar berkenaan keluar dari kelas dengan membawa beg sekolah dan ke bahagian belakang asrama. Usaha mengesan sedang dijalankan dan punca dia melarikan diri masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata anak sulung daripada dua beradik itu kali terakhir dilihat memakai pakaian sukan sekolah.
Kes diklasifikasikan sebagai kes orang hilang (OH) dan disiasat di bawah Kertas Enkuiri Polis (OH).
Susulan itu, Mohamad Hatta berkata mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau ternampak pelajar berkenaan diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban Sarjan Shahrul Azhar Hamdan di talian 014-3434007.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami