awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan hilang

Bernama
Bernama
11/11/2024
03:50 MYT
Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan hilang
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi pusat kawalan lbu Pejabat Polis Daerah Maran di talian 09-4771222. - Gambar hiasan
KUANTAN: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas dan kali terakhir dilihat di Kampung Paya Chedung, Maran.
Ketua Polis Daerah Maran Supt Wong Kim Wai berkata remaja perempuan berkenaan dikenali sebagai Ummul Ayuni Atiqah Mohd Khamis dan kali terakhir dilihat berpakaian kemeja lengan pendek bercorak petak warna hitam-putih, berseluar panjang hitam dan memakai selipar jenis sandal warna hitam.
Beliau berkata remaja perempuan itu berbadan sederhana, mempunyai ketinggian dianggarkan 150 sentimeter selain mempunyai tahi lalat di bahagian pipi sebelah kiri.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi pusat kawalan lbu Pejabat Polis Daerah Maran di talian 09-4771222.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#orang hilang
#remaja hilang
#Ummul Ayuni Atiqah
#Kampung Paya Chedung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan