awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribuan menunggu pemindahan dari Gaza susulan pembukaan semula lintasan Rafah
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis mohon bantuan kesan wanita hilang

Bernama
Bernama
19/11/2024
15:58 MYT
Polis mohon bantuan kesan wanita hilang
Mohd Iqbal berkata selain laporan dibuat kakak mangsa, polis turut menerima laporan berhubung kehilangan wanita itu daripada rakan di tempat kerja serta rakan serumahnya. - Gambar Sinar Harian
SHAH ALAM: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita berusia 42 tahun yang dilaporkan hilang sejak keluar bekerja pada Jumaat lepas (15 Nov).
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Junaida Abdul Rahim daripada kakak kandungnya pada 12.58 tengah malam semalam.
Beliau berkata wanita yang masih bujang berketinggian 150 sentimeter itu dipercayai keluar dari rumah sewanya di Seksyen 17 di sini sekitar 11 pagi menaiki kenderaan jenis Mitsubishi Triton dipercayai untuk ke tempat kerja di Subang Jaya.
"Sejak itu, wanita berkulit kuning langsat dan bertudung itu tidak dapat dihubungi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd Iqbal berkata bagaimanapun, kereta dinaiki mangsa yang merupakan pemilik sebuah agensi takaful di Subang Jaya itu telah ditemukan di tepi jalan di Jalan Ampang, dekat sini.
Beliau berkata selain laporan dibuat kakak mangsa, polis turut menerima laporan berhubung kehilangan wanita itu daripada rakan di tempat kerja serta rakan serumahnya.
"Siasatan awal mendapati tidak berlaku sebarang perselisihan faham antara mangsa dengan rakan serumah dan siasatan diklasifikasikan di bawah orang hilang," katanya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohd Shahrul Bakhri di 012-2630512 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perselisihan Faham
#orang hilang
#siasatan awal
#Mitsubishi Triton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan