awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nafi iring pemilik kilang di Skudai

Bernama
Bernama
26/11/2023
14:16 MYT
Polis nafi iring pemilik kilang di Skudai
Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata sebaliknya pihaknya hadir bagi mengawal kekecohan yang berlaku di lokasi berkenaan. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Polis menafikan dakwaan bahawa kenderaan pengiring polis digunakan untuk mengiringi seorang pemilik kilang keluar dari kawasan premisnya di Skudai, semalam.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata sebaliknya pihaknya hadir bagi mengawal kekecohan yang berlaku di lokasi berkenaan.
"Polis Johor menafikan video tular menerusi aplikasi TikTok berkaitan pihak polis memberi kebenaran menggunakan kenderaan pengiring polis untuk eskot pemilik sebuah kilang di Skudai keluar dari kawasan kilangnya.
"Hasil semakan mendapati, kira-kira 12.30 tengah hari semalam telah berlaku kekecohan di hadapan kilang tersebut melibatkan beberapa individu," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Beliau sehubungan itu, menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dan menyebar berita tidak sahih kerana boleh mengelirukan masyarakat dan mengganggu-gugat ketenteraman awam.
Orang awam atau saksi, katanya diminta tampil membuat laporan sekiranya mempunyai sebarang maklumat bagi membantu siasatan.
Terdahulu, tular beberapa video menerusi TikTok memaparkan seorang individu mempersoalkan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengiringi pemilik kilang yang juga wanita didakwa berasal dari Kemboja itu meninggalkan kilangnya ketika kekecohan berlaku, semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis pengiring
#pemilik kilang
#makcik kemboja
#Kamarul Zaman Mamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan