awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
Litar pintas dipercayai punca deretan rumah sewa terbakar
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis nafi Kluster Jalan Canning berpunca dari aktiviti GRO

Bernama
Bernama
11/05/2021
09:53 MYT
Polis nafi Kluster Jalan Canning berpunca dari aktiviti GRO
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata hasil siasatan pihaknya mendapati, maklumat yang disebarkan adalah tidak tepat. - Gambar fail/BERNAMA
IPOH: Polis Perak menafikan dakwaan tular kononnya seorang pelayan pelanggan (GRO) yang bekerja di pusat hiburan Jalan Canning Estate di sini, menjadi punca penularan wabak COVID-19 sehingga wujudnya Kluster Jalan Canning Estate seperti dilaporkan sebelum ini.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata hasil siasatan pihaknya mendapati, maklumat yang disebarkan adalah tidak tepat.
"Sebenarnya ada salah faham. Ada beberapa portal mendakwa wanita itu bertugas sebagai GRO. Tetapi sebenarnya wanita berasal dari China itu mempunyai pasport yang sah dan seorang yang mempunyai kerjaya dan sudah menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua.
"Namun, beliau langsung tidak pernah bekerja sebagai GRO ataupun pergi ke pusat hiburan di Jalan Canning Estate, seperti yang telah dilaporkan. Jadi saya tidak tahu macam mana cerita itu kononnya beliau pergi ke pusat hiburan tersebut (kemudiannya disahkan positif dan punca penularan)," katanya dalam sidang media selepas memantau sekatan jalan raya di Plaza Tol Ipoh, Lebuhraya Utara Selatan arah Kuala Lumpur hari ini.
Mior Faridalathrash bagaimanapun tidak mendedahkan siapa sebenarnya punca kepada kewujudan kluster tersebut.
Pada 10 April lepas, Kementerian Kesihatan melaporkan wujudnya Kluster Jalan Canning Estate melibatkan sebuah aktiviti sosial yang diadakan di Jalan Canning Estate, Taman Canning di mana sehingga 12 April, sejumlah 60 individu telah disaring dengan 39 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster itu.
Susulan daripada itu, tular di media sosial kononnya kluster tersebut membabitkan aktiviti mendapatkan GRO di pusat hiburan tersebut, sehingga ada yang positif dan telah menjangkiti ramai individu yang lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kluster Jalan Canning
#aktiviti GRO
#COVID-19
#polis perak
#Jalan Canning Estate
#Mior Faridalathrash Wahid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan