Polis Pulau Pinang menafikan dakwaan anggota keluarga lima geng kongsi gelap yang mati ditembak dalam kejadian berbalas tembakan awal pagi semalam, bahawa anggota keselamatan yang terlibat dalam operasi itu tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP).
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi sebaliknya berkata pihaknya mengikuti SOP yang ditetapkan sebelum mengambil sebarang keputusan dalam operasi itu.
"Mengenai dakwaan bahawa polis melepaskan lebih 30 tembakan ke arah suspek tanpa perkenalkan diri, itu tidak benar. Kita perkenalkan diri sebelum masuk ke rumah itu tetapi tidak dijawab dan sebaik masuk mereka terus melepaskan tembakan ke arah polis.
"Kita bertindak balas mengikut SOP dan hanya beberapa tembakan sahaja dilepaskan dan mengenai mereka, bukan seperti yang didakwa pihak berkenaan (keluarga suspek)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bersama Petugas Op Selamat 3/2013 di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan bahawa keluarga lima lelaki berkenaan tidak berpuas hati terhadap tindakan polis yang menembak suspek secara bertubi-tubi dan mendakwa ia tidak mengikut SOP.
Dalam kejadian itu polis menembak mati lima anggota kumpulan kongsi gelap yang dipercayai pembunuh upahan yang dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes bunuh dan cubaan bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.
Abdul Rahim turut menafikan khabar angin mengenai saki baki anggota geng kongsi gelap itu cuba menyerang polis kerana marah dan ingin membalas dendam dengan tindakan anggota keselamatan yang menembak mati rakan mereka.
"Setakat ini kita memang tidak ada maklumat mengenai perkara itu dan saya percaya ia hanya khabar angin, tetapi polis akan mengambil langkah berjaga-jaga.
"Jika mereka balas dendam, kita sebagai pegawai dan anggota keselamatan akan bertindak, polis tidak akan biarkan begitu sahaja," katanya.
Sementara itu katanya polis menerima empat laporan daripada keluarga lima lelaki berkenaan yang mahu diadakan inkues berhubung kematian suspek.
"Kita terima laporan mereka dan akan siasat mengenai laporan polis itu. Berhubung mahu mengadakan inkues, itu bukan keputusan polis, mereka (keluarga suspek) boleh mohon," katanya.
Bernama
Tue Aug 20 2013
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Mayat tanpa kaki dan kepala ditemui disumbat dalam beg
Mayat seorang wanita tanpa kaki dan kepala ditemui disumbat di dalam sebuah beg pakaian sebelum dicampakkan ke kawasan belukar berhampiran Surau Al-Aslah, Kebun Bungah pagi tadi.
Polis siasat insiden suspek terjun bangunan ketika masih digari
Polis Pulau Pinang hari ini telah mengadakan siasatan kes kematian seorang lelaki yang didakwa melompat dari bangunan ibu pejabat polis negeri itu ketika beliau disoal siasat.
Polis: Daerah Seberang Perai Selatan masih selamat
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata polis memberi jaminan bahawa daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dan kawasan sekitarnya masih selamat.
Polis nafi tidak ikut SOP operasi lima lelaki ditembak mati
Polis Pulau Pinang menafikan dakwaan anggota keluarga lima geng kongsi gelap yang mati ditembak bahawa anggota keselamatan tidak mengikut SOP.
Dua lelaki maut ditembak di Bukit Tambun
Kedua-dua lelaki itu mati ketika dirawat di Hospital Seberang Jaya dan hasil siasatan awal polis mendapati mereka mempunyai beberapa rekod jenayah.
Perhimpunan PR di Batu Kawan tiada permit - Polis
Perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat yang diadakan di Stadium Batu Kawan, malam tadi tidak mempunyai permit, kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi.
Polis selamatkan 21 bayi dari sindiket penjualan
Seramai 21 bayi yang menjadi mangsa sindiket penjualan bayi berjaya diselamatkan polis Pulau Pinang dalam serbuan besar-besaran di tujuh lokasi di seluruh negara malam tadi.
Banduan lolos dipercayai masih di dalam negara
Polis Pulau Pinang percaya baki dua tahanan yang meloloskan diri daripada tahanan polis 7 Januari lalu, masih berada dalam negara.
Tiada acara bakar Bible versi Bahasa Melayu di P.Pinang - Polis
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata tiada acara membakar Bible versi bahasa Melayu berlangsung di Padang Bandaran Bagan Luar hari ini sebagaimana dihebahkan sebelum ini.
"Jangan percaya ada perhimpunan bakar Bible"
Polis Pulau Pinang menggesa orang ramai jangan mempercayai khabar angin kononnya ada acara membakar Bible versi bahasa Melayu di Padang Bandaran Bagan Luar, Butterworth Ahad ini.