awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis panggil kanak-kanak letak batu, paku di jalan Semporna

Bernama
Bernama
21/01/2025
05:20 MYT
Polis panggil kanak-kanak letak batu, paku di jalan Semporna
Objek tajam antara yang ditabur di atas jalan raya Jalan Semporna-Tawau.- Foto tangkap layar video tular
SEMPORNA: Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun dan ibu bapanya dipanggil ke balai polis kerana meletakkan objek seperti batu, kayu serta paku di atas jalan di KM20, Jalan Semporna-Tawau di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Sabri Zainol berkata pihaknya menerima satu laporan polis berhubung beberapa objek itu diletakkan di atas jalan raya, kerana tindakan berkenaan membahayakan pengguna jalan dan boleh menjadi punca berlaku kemalangan di kawasan tersebut.
"Siasatan yang dijalankan mendapati kanak-kanak berumur 12 tahun yang tinggal berhampiran kawasan itu meletakkan objek berkenaan dengan tujuan untuk suka-suka dan ibu bapa serta kanak-kanak itu telah dipanggil ke balai polis dan diberi nasihat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Sabri berkata pengadu yang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Tawau pada 7.30 pagi itu terlihat objek seperti batu, kayu dan paku di atas jalan raya dipercayai diletakkan secara sengaja oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
"Pengadu bersama beberapa individu termasuk pemandu bas pelancong yang melalui kawasan itu kemudiannya membuang objek berkenaan bagi mengelak kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain, namun tiada sebarang kemalangan telah dilaporkan berlaku," katanya.
Sebelum ini, tular di media sosial video berdurasi satu minit 56 saat yang memaparkan pengguna jalan raya menemukan batu besar, kayu berpaku dan paku di atas jalan raya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letak paku
#jalan raya Semporna
#dipanggil polis
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan