awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis pantau laman sosial dan blog

Astro Awani
Astro Awani
19/12/2012
12:42 MYT
Polis pantau laman sosial dan blog
Pihak polis sedang memantau laman sosial dan blog berkenaan khabar angin berbaur perkauman yang dilihat semakin merebak berikutan rusuhan yang berlaku di Sungai Petani baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata maklumat yang salah dan ditokok tambah mampu mencetuskan pelbagai spekulasi liar dan boleh mengeruhkan keadaan.
Bedasarkan siasatan awal, kes berpunca daripada kegiatan lumba motor namun berlaku pergaduhan dimana kedua-duanya memanggil rakan dan berlaku empat insiden lain.
Difahamkan tiada kematian atau kecederaan serius berlaku manakala berita yang tersiar menerusi Facebook, Twitter dan SMS itu tidak betul dan palsu.
Menurut Ismail , individu yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat palsu itu boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan.
Mereka yang melakukan kesalahan pada insiden pertama telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Topic Berkaitan
#Datuk Syed Ismail Syed Azizan
#laman sosial
#pergaduhan
#perkauman
#Sungai Petani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan