awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perunding perjanjian plastik global berkumpul lantik pengerusi baharu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis pantau operasi berkaitan GISB di Sarawak

Bernama
Bernama
19/09/2024
08:35 MYT
Polis pantau operasi berkaitan GISB di Sarawak
Polis Sarawak kini memantau rapi sebarang operasi berkaitan Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd di negeri ini. - Gambar fail
KUCHING: Polis Sarawak kini memantau rapi sebarang operasi berkaitan Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd di negeri ini.

Ringkasan AI
  • Polis Sarawak sedang memantau operasi GISB dan menjalankan siasatan terperinci, namun tiada tangkapan dibuat setakat ini.
  • Minggu lepas, Bukit Aman menyerbu 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan, menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja yang mengalami penderaan fizikal, emosi, dan eksploitasi buruh.
  • Sultan Ibrahim menitahkan PDRM untuk menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu jenayah serta penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan GISB.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata polis turut menjalankan siasatan terperinci dengan mengenal pasti operasi yang dijalankan oleh GISB namun tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.
"Belum ada lagi laporan berkaitan (GISB) di Sarawak. Kes ini masih dalam pemantauan dan kita sentiasa bekerjasama dengan PDRM (Polis Diraja Malaysia) Bukit Aman," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini hari ini.
Minggu lepas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyerbu 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISB Holdings dan menyelamatkan 392 kanak-kanak dan remaja, masing-masing 201 lelaki dan 201 perempuan berumur setahun hingga 17 tahun.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata ujian saringan kesihatan terhadap 392 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal GISB Holdings dalam Op Global itu mendapati mereka mengalami penderaan fizikal dan emosi serta eksploitasi buruh termasuk dipaksa bekerja menjual barang.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kemudian menitahkan PDRM supaya menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu jenayah serta penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan rumah amal GISB Holdings.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GISB
#Polis Sarawak
#penderaan fizikal dan emosi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan