awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis pengiring ikut peraturan, bunyikan siren kecemasan

Sinar Harian
Sinar Harian
27/07/2022
23:00 MYT
Polis pengiring ikut peraturan, bunyikan siren kecemasan
Video yang tular baru-baru ini memaparkan polis pengiring memotong di garisan berkembar. -Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Polis pengiring yang mengiringi dua trak tunda dan sebuah pikap memotong di garisan berkembar sudah mengikut peraturan ditetapkan.
Sebelum ini, tular di media sosial kejadian kenderaan pengiring memotong di garisan berkembar dalam kejadian di Jalan Gua Musang-Kota Bharu.
Video berdurasi 11 saat itu memaparkan sebuah kenderaan polis pengiring memotong di garisan berkembar sehingga hampir mengakibatkan nahas.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kenderaan berkenaan juga sudah memberi amaran dan peringatan dengan membunyikan siren dan lampu kecemasan kepada pengguna jalan raya.
Menurut beliau, pengguna jalan raya perlu memberi kerjasama dengan memberi laluan atau berhenti bagi mengelakkan keadaan tidak diingini.
"Sebenarnya berlaku kekeliruan dalam kalangan orang ramai.
"Kenderaan pengiring ada peraturan dan mereka tidak boleh berhenti sewenang-wenangnya kerana sudah memberi siren dan amaran kepada pengguna jalan raya,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, pada Rabu.
Tambah beliau, pergerakan kereta pengiring terbabit mengikut Seksyen 21 Akta Polis 1967 iaitu tugas di jalan awam. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#polis pengiring
#trak tunda dan pikap
#memotong di garisan berkembar
#Jalan Gua Musang-Kota Bharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan