awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Perak timbang tutup SJR antara daerah

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
04/10/2021
05:00 MYT
Polis Perak timbang tutup SJR antara daerah
Sekiranya semua SJR antara daerah di Perak ditutup, polis akan memberi tumpuan dengan mempertingkatkan lagi usaha dalam membanteras jenayah susulan sempadan antara daerah dibuka sepenuhnya.- Gambar hiasan/BERNAMA
IPOH: Polis Perak mempertimbang untuk menutup semua sekatan jalan raya (SJR) antara daerah di negeri ini sekiranya kadar vaksinasi COVID-19 Perak berada pada tahap yang memuaskan.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Urus Setia COVID-19 Kontinjen Perak dalam masa terdekat berhubung cadangan itu.
“Sekiranya kadar vaksinasi di Perak berada pada tahap yang baik, pihak kita bercadang SJR antara daerah akan dibubarkan, sebaliknya hanya mengekalkan SJR di sempadan negeri.
“Walau bagaimanapun ia tertakluk kepada keputusan oleh pihak kerajaan yang mana cadangan itu akan dikaji,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di SMK St Michael di sini pada Isnin.
Dalam pada itu tambah Mior Faridalathrash, sekiranya semua SJR antara daerah di Perak ditutup, polis akan memberi tumpuan dengan mempertingkatkan lagi usaha dalam membanteras jenayah susulan sempadan antara daerah dibuka sepenuhnya.
“Jika SJR antara daerah dibubarkan, kita boleh memberi tumpuan pada tugasan lain seperti memastikan untuk mengawal lagi kadar jenayah di Perak.
“Kita tahu sekiranya SJR dikurangkan maka penjenayah akan mudah untuk bergerak. Justeru pihak polis akan meningkatkan lagi penguatkuasaan anggota dan pegawai bagi memastikan situasi negeri sentiasa selamat,” jelas beliau.
Berdasarkan laman sesawang COVIDNOW, sehingga pagi ini Perak mencatatkan 55.6 peratus daripada seluruh populasi rakyat negeri itu telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19.
Sementara itu, 67.8 peratus direkodkan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 selain 32.2 peratus masih belum divaksin.
Topic Berkaitan
#polis perak
#SJR
#Sekatan Jalan Raya
#Mior Faridalathrash Wahid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan