awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis percaya Kevin Morais dilarikan sekumpulan lelaki

Hakim Rahman
Hakim Rahman
09/09/2015
10:19 MYT
Polis percaya Kevin Morais dilarikan sekumpulan lelaki
Kevin Morais dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki berdasarkan rakaman CCTV. - Foto Twitter @dppsprm_kevin
Bekas Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kevin Anthony Morais, dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata maklumat ini diperoleh berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sepanjang laluan mangsa ketika keluar dari rumah di Jalan Duta menuju ke pejabatnya di Putrajaya.
"Pemeriksaan CCTV dijalankan termasuk CCTV milik persendirian," katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Menurutnya polis kini menjalankan siasatan secara lebih terperinci daripada maklumat yang diperoleh.
Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu beliau turut menafikan laporan kononnya mayat Kevin Morais ditemui di Klang, Selangor.
Beliau sebaliknya menegaskan berita itu hanya khabar angin.
Zainuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Penemuan mayat yang kononnya adalah Morais dilaporkan menerusi Facebook dan ia menjadi viral di media sosial.
Morais dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu dan susulan itu polis menubuhkan sebuah pasukan petugas khas diketuai oleh Zainuddin sendiri untuk menyiasat kes berkenaan.
Morais kali terakhir dilaporkan dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta 1, Kuala Lumpur pada Jumaat untuk ke pejabatnya di Putrajaya dan dilaporkan memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q.
Topic Berkaitan
#CCTV
#Kevin Anthony Morais
#SPRM
#Zainuddin Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan