awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Perlis patahkan sindiket penipuan pendaftaran kad prabayar tidak sah

Bernama
Bernama
24/06/2022
07:44 MYT
Polis Perlis patahkan sindiket penipuan pendaftaran kad prabayar tidak sah
Surina berkata, suspek didapati menggunakan data peribadi warga tempatan dan asing yang dibekalkan sindiket lain bagi mengaktifkan kad prabayar berkenaan. - Gambar fail
KANGAR: Polis Kontinjen Perlis menumpaskan sindiket penipuan pendaftaran kad prabayar yang berselindung di sebalik perniagaan syarikat telekomunikasi dengan memberkas tujuh individu termasuk tiga wanita Rabu lepas.
Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata, kesemua mereka yang juga warga tempatan berumur lingkungan 19 hingga 35 tahun itu diberkas ketika sedang asyik menggunakan peralatan komputer serta mesin di sebuah premis di sekitar Taman Cahaya pada 5.40 petang.
"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai terlibat dengan sindiket penipuan pendaftaran kad prabayar secara tidak sah.
"Suspek juga didapati menggunakan data peribadi warga tempatan dan asing yang dibekalkan sindiket lain bagi mengaktifkan kad prabayar berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis hari ini.
Surina berkata suspek terlibat juga dikesan bertindak menjual kad prabayar yang telah diaktifkan itu kepada sindiket yang menjalankan aktiviti jenayah komersial.
Beliau berkata, polis merampas peralatan seperti 15 monitor, 14 unit pemprosesan komputer, papan kekunci (13), pemacu kilat (1), sim card multiplexer (51), kad sim (3,084), modem (1) dan tetikus (13) dengan nilai keseluruhan bernilai RM130,000.
"Tujuh suspek berkenaan didapati tidak mempunyai kesalahan jenayah lampau dan kesemua mereka ditahan reman selama tiga hari bermula 23 hingga 25 Jun," katanya.
Surina berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana memiliki kelengkapan peranti tiada standard.
"Polis Perlis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk melengkapkan siasatan kes ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kad prabayar
#polis
#Perlis
#sindiket penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan