KUALA LUMPUR: Polis akan mempertingkat operasi pemantauan terhadap kenderaan berat khususnya kenderaan perdagangan di ibu negara mulai hari ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata tindakan itu diambil susulan kemalangan maut yang membabitkan 14 buah kenderaan di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong, di Putrajaya semalam.
"Di Kuala Lumpur memang setiap hari kita menjalankan operasi pemeriksaan terhadap kenderaan berat ini, namun mulai hari ini kita akan pertingkatkan lagi operasi khususnya terhadap kenderaan perdagangan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
"Selain waktu operasi terhad iaitu 6.30 pagi hingga 9.30 pagi di ibu negara, kita akan beri tumpuan juga khusus di laluan masuk macam di Putrajaya dari Puchong, Selangor. Kalau berlaku perlanggaran yang memerlukan tindakan sita, kita akan ambil, tiada kompromi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur Fasa 2 di sini, hari ini.
Mengulas mengenai sama ada aspek mekanikal treler menjadi punca kemalangan malang itu, Allaudeen berkata polis sedang menunggu laporan pemeriksaan daripada JPJ dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), selain tidak menolak kemungkinan kemalangan itu berpunca daripada kecuaian pemandu treler tersebut.
Beliau berkata pemandu berusia 25 tahun itu telah ditahan semalam dan akan direman pagi ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dalam kemalangan kira-kira 10.15 pagi semalam, dua penunggang motosikal maut, manakala tujuh lagi cedera selepas dirempuh sebuah treler membawa muatan pasir dari arah belakang ketika berhenti di lokasi kejadian, bagi memberi laluan kepada latih amal Polis Diraja Malaysia untuk acara berbasikal antarabangsa Le Tour de Langkawi (LTdL).
Mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai pekerja Pos Malaysia, Faris Haziq Abu Bakar, 25, dan pekerja di Mahkamah Ampang, Yuswar Mohd Uyus, 39.
Kemalangan itu turut melibatkan 14 kenderaan iaitu treler terbabit, sebuah lori satu tan, tujuh kereta serta lima motosikal termasuk sebuah motosikal polis trafik.
Mengenai minggu pertama Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya Polis Kuala Lumpur Fasa 2, Allaudeen berkata sebanyak 36,432 saman telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan dengan halangan lalu lintas mencatatkan jumlah kesalahan tertinggi iaitu 27,755 saman.
"Sepanjang operasi ini seramai 59 orang telah ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah dan trafik selain tindakan sita dibuat ke atas 29 buah kenderaan membabitkan 27 motosikal dan dua lori," katanya.
Operasi itu dilaksanakan selama dua minggu bermula 15 Sept lepas dan berakhir 29 Sept ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023
Polis akan mempertingkat operasi pemantauan terhadap kenderaan berat khususnya kenderaan perdagangan di ibu negara mulai hari ini. - Gambar fail
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Polis pertingkat operasi pantau kenderaan perdagangan di ibu negara
Polis akan mempertingkat operasi pemantauan terhadap kenderaan berat khususnya kenderaan perdagangan di ibu negara mulai hari ini.