Polis Diraja Malaysia berpuas hati dengan siasatan kes berhubung 12 individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Negeri Sembilan dan Melaka yang ditahan kerana disyaki terbabit dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kertas siasatan terhadap suspek LTTE sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara pada Rabu lalu.
"Kita telah siap menjalankan siasatan ke atas kesemua suspek, kertas siasatan juga telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara. Kita tunggu keputusan Peguam Negara untuk tindakan lanjut," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini.
BACA: Penahanan LTTE: Polis ambil tindakan berdasarkan bukti kukuh - Muhyiddin
Dalam pada itu, menurutnya, keluarga ada hak untuk melawat tahanan.
"Pertemuan ini adalah sempena Deepavali serta arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang minta kita mengaturkan pertemuan ini.
"Pertemuan ini dalam tempoh masa yang berbeza kira-kira dua jam satu sesi bermula pada jam 9 pagi hingga 5 petang," katanya.
Ayob Khan berkata, keluarga juga diberi peluang membawa makanan kepada tahanan.
"Kita dapati ada tahanan yang mengalami gastrik dan sakit perut, ia perkara biasa dan mungkin mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan makanan di sini," katanya.
Beliau berkata, khidmat doktor turut disediakan sekiranya ada tahanan yang sakit.
"Mereka akan diberi rawatan jika mereka sakit, setakat ini kesihatan mereka baik dan tiada masalah kesihatan yang besar. Kita telah memberi khidmat perubatan yang secukupnya," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan 12 individu termasuk dua ADUN dari Negeri Sembilan dan Melaka ditahan kerana disyaki terbabit LTTE mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Sinar Harian
Sun Oct 27 2019

Menurut Ayob Khan Mydin Pitchay, kertas siasatan terhadap suspek LTTE sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara. - Gambar fail

Vaksin COVID-19 | Kematian warga emas di Norway disebabkan faktor semula jadi
Penelitian dokuen ke atas 29n pesakit COVID-19 yang dilaporkan meninggal dunia beberapa hari selepas menerima suntikan vaksin Pfizer-Biontech di Norway mendapati kebanyakan daripada kematian itu disebabakan faktor semula jadi.

COVID-19 | Perdana Menteri lawat Hospital Bersepadu MAEPS
Hospital bersepadu akan mula beroperasi pada 24 Januari ini bagi merawat pesakit kategori tiga dan empat.

PKP di seluruh negara kecuali Sarawak
Seluruh negara kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kecuali Sarawak selepas Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis turut dikenakan perintah berkenaan.

COVID-19 | 14 lagi kes kematian dilaporkan
Malaysia mencatatkan 14 lagi kes kematian baharu akibat COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian negara adalah sebanyak 619 kes. Pada masa sama, sebanyak 3,631 kes baharu COVID-19 dilaporkan, dan jumlah kumulatif kes jangkitan virus itu di negara ini adalah 165,371 kes.
![[INFOGRAFIK] Senarai ahli politik positif COVID-19 sehingga 19 Januari 2021 [INFOGRAFIK] Senarai ahli politik positif COVID-19 sehingga 19 Januari 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/31599303091611058070902/1886272_8967789641611058228899_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Senarai ahli politik positif COVID-19 sehingga 19 Januari 2021
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan senarai ahli politik positif COVID-19.Sila klik video untuk berita selanjutnya.
![[SIDANG MEDIA] Perkembangan jangkitan kes #COVID19 - 19 Jan 2021 [SIDANG MEDIA] Perkembangan jangkitan kes #COVID19 - 19 Jan 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/19473332091611057883061/1886270_36721285171611058005733_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Perkembangan jangkitan kes #COVID19 - 19 Jan 2021
Ikuti sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan perkembangan terkini penularan wabak #COVID19 di negara ini.
![[INFOGRAFIK] Trend kes harian COVID-19 (19 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Trend kes harian COVID-19 (19 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/37505454901611058070901/1886271_8967789641611058101173_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Trend kes harian COVID-19 (19 Januari 2021)
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan trend kes harian COVID-19 (19 Januari 2021). Sila klik video untuk berita selanjutnya.

PKP 2.0: Kerugian lebih rendah berbanding PKP sebelum ini - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, buat masa ini, kerajaan berjaya mengekalkan unjuran perkembangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

14 lagi kematian COVID-19 dilaporkan: Ini lima tumpuan sidang media KKM hari ini
Malaysia catat 14 lagi kes kematian baharu akibat COVID-19 hari ini dengan kes baharu COVID-19 masih pada empat angka.

Malaysia negara paling gagal di Asean mengawal COVID-19 - Najib
Malaysia tidak lagi boleh mendakwa menjadi antara negara yang berjaya mengawal pandemik COVID-19, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

PKP: Cuti pegawai, anggota polis di seluruh negara dibekukan - KPN
Pembekuan cuti pegawai dan anggota polis dikeluarkan untuk menjamin kekuatan maksimum PDRM bagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

PKP 2.0: Kebenaran rentas negeri diberi atas budi bicara polis - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan budi bicara bagi mereka yang terkandas di sesuatu kawasan untuk melakukan perjalanan rentas negeri ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Suspek sunting video hina lagu Indonesia Raya disyaki warga seberang - KPN
Maklumat diperoleh hasil soal siasat terhadap seorang buruh warga Indonesia di Sabah yang juga salah seorang suspek kes itu.

Macau Scam: Siasatan terhadap 29 pegawai, anggota polis hampir selesai - KPN
Siasatan kes berkenaan sudah hampir diselesaikan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman

Polis perketat kawalan jualan peluru di Sabah, Sarawak - KPN
Langkah itu bagi memastikan kegiatan penjualan peluru kepada pemilik senjata api haram yang didakwa berlaku secara berleluasa dapat dibanteras.

Kartel daging: PDRM turut buka kertas siasatan - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan selepas menerima beberapa laporan polis termasuk daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

PDRM akan rujuk penjenayah warga asing kepada Imigresen untuk diisytihar persona non grata
PDRM senada dengan Jabatan Imigresen dalam hal ini bagi mengekang kegiatan jenayah di dalam negara ini yang didalangi oleh warga asing.

Ketua sindiket, scammers perlu diisytihar 'persona non grata' - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, selepas mereka diisytiharkan sebegitu, mereka tidak lagi akan dibenarkan memasuki negara ini untuk seumur hidup.

PDRM belum terima laporan rancangan serangan penggganas di India babit Dr Zakir Naik - KPN
PDRM amat mengalukan-alukan sebarang perkongsian maklumat berhubung perkara berkenaan.

Pegawai, anggota polis disaran tidak main Tik Tok, cemar imej PDRM - KPN
Beliau berkata perbuatan seperti menari di dalam aplikasi berkenaan tidak "manis" dilakukan oleh seseorang pegawai mahupun anggota dalam sesebuah pasukan beruniform.