Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 26 September 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 26 September 2026.

  1. Pelajar meninggal dunia di asrama: Polis tahan remaja 16 tahun

    Siasatan sedang dijalankan bagi meneliti semua fakta dan bukti untuk mengenal pasti punca serta motif sebenar kejadian.

  2. PM tegaskan tidak campur urusan kedudukan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

    Sebarang tindakan terhadap kedudukan seseorang Raja tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya, sebaliknya perlu berlandaskan peruntukan Perlembagaan.

  3. Gempa bumi lemah landa Kuamut, Sabah awal pagi

    Gegaran dilaporkan berlaku kira-kira 34 kilometer di barat daya Tongod, Sabah.

  4. Pelajar meninggal dunia di asrama: Polis tahan remaja 16 tahun

    Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan menahan seorang pelajar lelaki terbabit bagi membantu siasatan.

  5. Anwar arah semak pengurusan, kelemahan UiTM Holdings

    Semakan itu perlu dilakukan dengan kerjasama Naib Canselor UiTM dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan memberikan sokongan sekiranya diperlukan.

  6. Ubat melalui pos percuma bermula 1 Okt, masa menunggu di klinik kini kurang sejam - Fahmi

    Pesakit di seluruh negara tidak perlu lagi membayar kos penghantaran Ubat Melalui Pos (UMP) berikutan perkhidmatan itu akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

  7. Keselamatan negara perlu peranan bersepadu semua agensi bawah KDN - Saifuddin Nasution

    Keselamatan negara memerlukan peranan bersepadu semua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), dengan setiap agensi melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan selamat.

  8. FAMA tubuh jawatankuasa tingkat stok makanan hadapi El Nino

    Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan jawatankuasa khas sejak dua bulan lepas sebagai persiapan awal menghadapi kemungkinan kesan fenomena El Nino terhadap bekalan makanan negara.

  9. Melayu bukan pendatang tetapi amal budaya merantau sejak ribuan tahun

    Orang Melayu tidak wajar dilabel sebagai pendatang di Kepulauan Melayu, khususnya di Tanah Melayu kerana sejarah masyarakat itu berkait rapat dengan tradisi merantau yang berlangsung sejak ribuan tahun. 

  10. Pendidikan perlu tekan aspek pembentukan akhlak, lahir insan kamil - Wan Azizah

    Pendidikan tidak harus dilihat sekadar proses mengejar keputusan cemerlang, sebaliknya perlu memberi penekanan kepada pembentukan akhlak dan melahirkan insan mempunyai sifat “kamil” secara menyeluruh.
     

Must Watch Video

Advertisement