awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa edar methamphetamine
PM Anwar, KSI bincang kerjasama strategik selari agenda MADANI
Kes dera di Saratok: Pegawai JKM, kaunselor ditempatkan di hospital - Nancy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rakam keterangan pelawak berhubung isu jenaka "ham"

Bernama
Bernama
24/01/2025
01:00 MYT
Polis rakam keterangan pelawak berhubung isu jenaka "ham"
Seorang pelawak dan pelakon yang dipercayai membuat hantaran dalam akaun Facebooknya mengenai isu ham yang didakwa menghina agama Islam, telah dipanggil polis bagi membantu siasatan, kata Razarudin. - Gambar fail Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Seorang pelawak dan pelakon yang dipercayai membuat hantaran dalam akaun Facebooknya mengenai isu ham yang didakwa menghina agama Islam, telah dipanggil polis bagi membantu siasatan.
Mengesahkan perkara berkenaan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, keterangan daripada pelawak berumur 54 tahun itu dirakam Rabu lepas.
Beliau berkata, pihaknya turut mengenal pasti identiti seorang lagi individu yang mempunyai kaitan dalam kes terbabit dan dalam proses mengesannya.
"Setakat ini, sebanyak 16 laporan polis diterima berkaitan isu ini di seluruh negara dan satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 298 dan 505 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika dihubungi.
Pelakon itu didakwa memuat naik hantaran itu ketika kontroversi status halal sandwic ham and cheese baru-baru ini yang didakwa membuka ruang mempersendakan agama Islam. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelawak
#hina Islam
#isu jenaka Ham
#Ketua Polis Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan