awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rakam percakapan lelaki berlagak marsyal di lampu isyarat pekan Sitiawan

Bernama
Bernama
13/12/2021
16:33 MYT
Polis rakam percakapan lelaki berlagak marsyal di lampu isyarat pekan Sitiawan
Polis telah merakam percakapan seorang lelaki yang dipercayai menunjukkan aksi sebagai seorang marsyal dengan mengarahkan kenderaan lain ke tepi untuk memberi laluan kepada konvoi kereta di lampu isyarat Pekan Sitiawan. - Foto Sinar Harian
IPOH: Polis telah merakam percakapan seorang lelaki yang dipercayai menunjukkan aksi sebagai seorang marsyal dengan mengarahkan kenderaan lain ke tepi dan berhenti untuk memberi laluan kepada konvoi kereta di lampu isyarat Pekan Sitiawan hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung DSP Chong Boo Khim berkata keterangan itu diambil berikutan laporan polis dibuat kira-kira pukul 2.29 petang tadi selepas insiden konvoi melibatkan beberapa kenderaan yang datang dari arah Seri Manjung hala Tokong India itu tular menerusi laman sosial Facebook.
"Susulan itu, lelaki berusia 29 tahun itu telah dirakam percakapan dan polis telah merampas sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna kelabu berjalur kuning," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata ujian saringan air kencing ke atas lelaki yang bekerja sebagai pemandu berkenaan mendapati dia negatif dadah dan siasatan lanjut sedang diteruskan.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu galangan disebabkan kenderaan di jalan.
Terdahulu, kejadian dipercayai melibatkan beberapa kenderaan itu tular di laman sosial Facebook menggunakan nama Jusshairi Jauhhari dengan tajuk 'Seperti polis mengarahkan kenderaan lain ke tepi dan berhenti untuk memberi laluan kepada konvoi mereka'.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki berlagak marsyal
#rakam percakapan
#polis
#Pekan Sitiawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan