awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rampas 1.82kg ganja dalam kereta

Bernama
Bernama
30/01/2017
13:47 MYT
Polis rampas 1.82kg ganja dalam kereta
Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas ganja seberat 1.82kg bernilai RM4,400 dalam sebuah kereta di Jalan Ismail. - fotoBERNAMA
Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas ganja seberat 1.82kg bernilai RM4,400 dalam sebuah kereta di Jalan Ismail, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob berkata suspek berusia 38 tahun itu dipercayai sedang menunggu dalam kereta jenis Perodua Viva di hadapan sebuah rumah untuk urusan menjual dadah berkenaan.
Dalam serbuan 12.45 tengah hari itu, polis menemui dadah berkenaan di tempat duduk belakang kenderaan tersebut, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
"Siasatan awal mendapati suspek memperoleh bekalan dadah berkenaan dari Kuala Lumpur dan dipercayai untuk diedarkan di daerah ini yang boleh menampung kira-kira 1,800 penagih," katanya.
Katanya, lelaki yang tidak bekerja itu, didapati mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kesalahan dadah di sini dan di Pedas, Negeri Sembilan.
Bagaimanapun, katanya, ujian air kencing terhadap suspek negatif.
Suspek yang berasal dari Muar itu kini direman sehingga 5 Feb depan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azman Ayob
#ganja
#Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan