awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rampas dadah bernilai RM33.73 juta, tahan tujuh lelaki termasuk seorang warga emas

Bernama
Bernama
27/10/2023
09:47 MYT
Polis rampas dadah bernilai RM33.73 juta, tahan tujuh lelaki termasuk seorang warga emas
Semua suspek itu ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dalam operasi pada 12.30 tengah hari hingga 2.15 petang.
KAJANG: Polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga Sri Lanka disyaki menyeludup dan mengedar dadah yang dianggar bernilai RM33.73 juta, Rabu lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata semua suspek yang berumur 21 hingga 52 tahun itu ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur dalam operasi pada 12.30 tengah hari hingga 2.15 petang.
Beliau berkata pada mulanya polis mengesan sebuah kontena berisi syabu seberat 411.172 kilogram (kg) dan kokain seberat 100.813 kg di sebuah gudang di Taman Cheras Prima, di sini, yang dibawa masuk dari Pakistan melalui Pelabuhan Klang, pada 10.30 malam Selasa lepas.
"Pada keesokannya dadah itu telah dipunggah keluar dari kontena, dan ketika itu serbuan dilakukan," katanya dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini.
Mohd Kamarudin berkata ada antara dadah itu disorokkan di dalam kampit bawang, dan siasatan mendapati sindiket itu telah bergiat aktif sejak awal tahun ini.
"Lima daripada tujuh suspek memiliki rekod jenayah lampau, termasuk berkaitan dadah," katanya sambil menambah kesemua suspek direman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Beliau berkata dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh 2.6 juta penagih dadah dan polis juga menyita pelbagai aset antaranya enam kenderaan, barang kemas serta wang tunai, semuanya dianggarkan bernilai RM384,964.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#Dadah
#seludup dan edar dadah
#Mohd Kamarudin Md Din
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan