awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Sabah pantau pantai timur dijadikan lokasi transit Daish, dadah

Bernama
Bernama
27/04/2019
10:24 MYT
Polis Sabah pantau pantai timur dijadikan lokasi transit Daish, dadah
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata polis memiliki pasukan khas bagi mengesan pergerakan golongan ini sepanjang masa. - BERNAMA
Polis Sabah memberi lebih perhatian kepada pantai timur negeri ini khususnya Tawau dan Sandakan yang dikesan menjadi lokasi transit bagi elemen Daish serta penyeludupan dadah sebelum menuju ke destinasi 'sebenar'.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata polis memiliki pasukan khas bagi mengesan pergerakan golongan ini sepanjang masa.
"Adanya pasukan khas ini, beberapa siri tangkapan juga berjaya dilakukan," katanya ketika ditemui pada acara perarakan masuk lepa atau perahu tradisional sempena Regatta Lepa Semporna Jubli Perak 2019 di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu katanya, meskipun Sabah dijadikan transit point, keadaan masih terkawal dan masyarakat tidak perlu bimbang kerana anggota keselamatan sentiasa memantau rapi pergerakan elemen jenayah.
Pada Jumaat, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata kumpulan Daish kini menjadikan Tawau dan Sandakan sebagai transit untuk memasuki Selatan Filipina serta Rakhine, Myanmar.
Baru-baru ini, Sandakan dan Tawau juga dilaporkan sebagai lokasi transit penyeludupan dadah sebelum dibawa ke negara jiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#Daesh
#Filipina
#jenayah
#Ketua Polis Negara
#Myanmar
#polis
#Sandakan
#Semporna
#Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan