awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan pemain bola sepak bawa kerambit sebagai suspek kes baling bom petrol

Bernama
Bernama
15/08/2024
06:45 MYT
Polis sahkan pemain bola sepak bawa kerambit sebagai suspek kes baling bom petrol
Rusdi (kiri) ketika sidang media sempena Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Putrajaya di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Polis telah mengenal pasti seorang pemain bola sepak amatur yang ditahan pada 8 Ogos lepas kerana membawa kerambit ke padang bola, sebagai suspek kes baling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu negara Mei lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata berdasarkan siasatan polis yakin lelaki berusia 22 tahun itu adalah orang dikehendaki berhubung kes berkenaan.
Beliau berkata pemain bola sepak itu akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok, di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958, Seksyen 336 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana membawa kerambit dan membaling bom petrol.
"Polis kenal pasti pemain bola sepak itu sebagai suspek kes molotov cocktail berdasarkan siasatan, rakaman percakapan saksi, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan pengecaman," katanya dalam sidang media selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Putrajaya di sini, hari ini.
Lelaki itu dikesan membawa kerambit ke padang ketika berlaku perselisihan faham dalam perlawanan bola sepak di Pusat Bola Sepak KLFA pada 4 Ogos lepas, selepas gambar kejadian itu kemudiannya menjadi tular di media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemain bola sepak ditahan
#bawa kerambit
#serangan bom petrol
#pusat hiburan
#Polis Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan