awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
Kebakaran hutan Taman Botani: Pemantauan diteruskan elak kejadian berulang - Bomba
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan terima laporan fitnah Menteri Pendidikan

Bernama
Bernama
31/03/2024
11:21 MYT
Polis sahkan terima laporan fitnah Menteri Pendidikan
Mancha Ata berkata laporan dibuat pada 4.21 petang semalam di Balai Polis Sungai Maong oleh Atiqah Syairah. - Gambar fail/Bernama
KUCHING: Polis mengesahkan telah menerima satu laporan berhubung isu fitnah mengaitkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang tular di aplikasi WhatApps dan laman Facebook.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata ketika dihubungi Bernama hari ini berkata laporan dibuat pada 4.21 petang semalam di Balai Polis Sungai Maong di sini oleh Setiausaha Politik Menteri Pendidikan Atiqah Syairah Shaharudin.
"Kertas siasatan mengenai kes ini telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988," katanya
Terdahulu, Fadhlina dilaporkan berkata video tular di media sosial berkaitan isu kafir itu telah diambil di luar konsensus dan diselewengkan konteks dengan cubaan jahat mahu mencalarkan imej serta kredibiliti beliau.
Dalam kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook beliau hari ini, Fadhlina menyifatkan penularan video itu turut berniat mencetuskan kekecohan dalam isu berkaitan 3R (agama, bangsa dan institusi raja) dengan memercikkan pemesongan makna ucapan sebenar sehingga beliau ditohmah dengan ujaran kebencian, tuduhan tidak benar dan fitnah selain diancam keselamatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#WhatsApp
#isu fitnah
#diamcam keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan