awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Sarawak sahkan Taib Mahmud kini berada di kediamannya

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
07/02/2024
05:50 MYT
Polis Sarawak sahkan Taib Mahmud kini berada di kediamannya
Mancha (tengah) ketika bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Ops Selamat sempena Tahun Baharu Cina, di IPK Sarawak, pada Rabu. -Astro AWANI
KUCHING: Polis mengesahkan bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud ketika ini berada di kediaman peribadinya di Demak Jaya, di sini.
"Beliau kini berada di kediamannya," kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata kepada pemberita pada Rabu selepas melancarkan Ops Selamat sempena Tahun Baharu Cina, di sini.
Polis dalam pada itu turut mengesahkan menerima lapan laporan susulan kes melarikan dari sebuah pusat rawatan pakar pada Sabtu.
Ketika mengesahkan perkara tersebut, beliau berkata antara laporan itu termasuklah daripada ahli keluarganya sendiri.
“Kes masih dalam siasatan dan kita tak boleh nak (dedahkan), semua yang berlaku.
"Masih dalam proses siasatan,” katanya semasa ketika menjawab soalan media.
Sebelum ini, tular di media sosial berhubung laporan polis oleh seorang doktor yang memaklumkan Abdul Taib, 87, telah dilarikan dari pusat rawatan berkenaan yang bertentangan dengan nasihat perubatan.
Abdul Taib merupakan Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketujuh dan telah memerintah selama 10 tahun hingga 29 Januari lalu.
Sebelum itu, pemimpin politik sejak penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 ini merupakan Ketua Menteri Sarawak selama 33 tahun.
Topic Berkaitan
#Abdul Taib Mahmud
#Mancha Ata
#Demak Jaya
#kes melarikan dari sebuah pusat rawatan pakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan