Polis sudah bersedia untuk menghadapi sebarang ancaman dari penjenayah siber dikenali sebagai Anonymous Malaysia yang dijangka merancang untuk menggodam laman web agensi kerajaan pada 29 dan 30 Ogos ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis memandang serius ancaman berkenaan dan kini dalam peringkat untuk mengenalpasti identiti penyerang terbabit yang berkemungkinan mempunyai jaringan dengan penjenayah siber antarabangsa.
Menurutnya, tindakan sewajarnya akan dibuat mengikut peruntukan undang-undang bagi mengekang serangan berkenaan.
"Kita telah mula menyiasat tentang Anonymous Malaysia ini. Kita tidak mengambil ringan ancaman Anonymous Malaysia ini.
"Kita menyiasat dan kita juga telah mengambil langkah yang patut dalam kita menjaga laman web kita dan juga aplikasi yang lain. Kita akan cuba kenal pasti Anonymous Malaysia ini," katanya pada sidang media selepas menutup Peringatan Hari Polis ke-208, pada Khamis.
Mengulas mengenai kemungkinan serangan siber itu mempunyai kaitan dengan Perhimpunan Bersih 4 berikutan tarikh yang sama, Khalid berkata, tiada kepastian mengenai kaitan itu setakat ini.
Sebelum ini, satu video dipercayai oleh kumpulan penggodam iaitu Anonymous Malaysia, dimuat naik di media-media sosial dengan ancaman untuk melancarkan peperangan melalui internet bagi menyokong perhimpunan yang dirancang pada tarikh terbabit.
Anthea Yap
Thu Aug 13 2015
KHALID: Kita telah mula menyiasat tentang Anonymous Malaysia ini. Kita tidak mengambil ringan ancaman mereka. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Malaysia dalam keadaan terkawal daripada ancaman siber - CSM
Semua pengguna internet harus mengambil tanggungjawab melindungi diri masing-masing daripada ancaman siber, dengan meningkatkan pengetahuan asas mengenai ancaman tersebut.
PDRM buka kertas siasatan terhadap Anonymous Malaysia
Polis telah membuka satu kertas siasatan terhadap Anonymous Malaysia yang memberi amaran kedua untuk melancarkan serangan siber, hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Aantara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Anonymous Malaysia dakwa pegawai kerajaan dalang kebocoran data peribadi
Anonymous Malaysia dakwa pegawai kerajaan dan vendor terima rasuah dengan menggodam dan menguasai sistem serta melepaskan warga asing.
Siapa penggodam 'Anonymous Malaysia'? Ini ringkasan Trend Micro Malaysia
Kumpulan 'hacktivist' seperti 'Anonymous Malaysia' disertai anggota penggodam membentuk pakatan untuk kempen penggodaman tertentu.
Bagaimana mengelak serangan siber penggodam? Ini yang anda perlu tahu
Serangan pengodam terhadap sekuriti siber amat membimbangkan ketika ini terutama dalam dunia digital tanpa sempadan.
Risiko ancaman penggodam siber masih terkawal - MyCERT
Ancaman yang dibuat oleh kumpulan penggodam Anonymous Malaysia baru-baru ini adalah berbeza dengan ancaman yang pernah dilaporkan pada 2015.
Tindakan Anonymous Malaysia perlu dipandang serius - Pakar
Tindakan Anonymous Malaysia kembali muncul dengan mesej amaran kepada kerajaan Malaysia seharusnya dipandang serius.
Tahap keselamatan siber berisiko, penggodam 'Anonymous' beri amaran
Kumpulan penggodam terkenal itu menyifatkan keselamatan siber negara berada di tahap rendah selain berisiko berlakunya kebocoran data.
Anonymous Malaysia tidak lagi sepakat, sudah berpecah
Anonymous Malaysia tidak terlibat dalam rancangan perang siber ke atas kerajaan Malaysia dan kumpulan itu sudah berpecah.