ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Ogos 2026.
RCI Tabung Haji: Agong titah siasatan hingga ke lubang cacing, kawalan sempadan diperkukuh
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan siasatan berhubung dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) dijalankan secara menyeluruh dan tanpa kompromi, dengan setiap pihak yang didapati bersalah dikenakan tindakan sewajarnya.
Peletakan jawatan Nurul Izzah ditolak MPP - Fahmi Fadzil
Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR memutuskan untuk tidak menerima peletakan jawatan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden parti itu.
Tiada keperluan PRU16 awal, parti komponen kekal sokong PM - Fahmi
Kerajaan menegaskan tiada keperluan untuk Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) diadakan lebih awal, sebaliknya, pilihan raya itu dijangka dilaksanakan selewat-lewatnya pada hujung tahun depan apabila tempoh penggal pentadbiran semasa berakhir.
Tindakan AKPS sita kontena bawa muatan ke Israel bukti ketegasan Malaysia - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) atas tindakan pantas menyita sebuah kontena yang disyaki membawa muatan dagangan strategik untuk dieksport ke Israel di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor, pada Jumaat.
Lima Ahli Parlimen PKR kecewa MyKHAS Parlimen Ampang disekat
Lima Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) kecewa apabila kerajaan menyekat akses portal peruntukan khas (MyKHAS), Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail.
PRN Melaka: BN terbuka untuk berunding, tukar kerusi - Ahmad Zahid
BN tidak menutup ruang rundingan berhubung pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, termasuk kemungkinan pertukaran kerusi antara parti.
- Abang Johari enggan dedah isi pertemuan dengan Agong
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak mendedahkan perkara yang dibincangkan ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, Rabu lalu.
- Ancaman penipuan digital kian serius, kerugian hampir RM3 bilion
Malaysia merekodkan lebih 66,000 kes penipuan dalam talian dengan kerugian kira-kira RM2.97 bilion tahun lepas, sekali gus mencerminkan ancaman semakin serius daripada sindiket yang memanfaatkan platform digital, kecerdasan buatan (AI) dan teknik manipulasi sosial.
- Farm Fresh labur RM288 juta bina ladang tenusu berskala besar pertama di Kemboja
Kumpulan Farm Fresh Berhad melabur sebanyak AS$68 juta (kira-kira RM288 juta) untuk membangunkan ladang tenusu berskala besar pertama di Kemboja menerusi projek Farm Fresh Pursat yang akan dilaksanakan di wilayah Pursat.
- Gol Pavithran bawa Harimau Malaya ke separuh akhir Piala ASEAN
Skuad Harimau Malaya mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Kejuaraan Piala ASEAN 2026 selepas menewaskan Filipina 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.