LABUAN: Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Ketua Polis Labuan Supt Mohd Hamizi Halim berkata mangsa berusia antara 31 dan 33 tahun itu didakwa dipaksa bekerja di kelab malam di pulau bebas cukai itu.
Beliau berkata tiga wanita diselamatkan di pulau ini pada 26 April, manakala seorang lagi berjaya melarikan diri ke Penampang sebelum diselamatkan pada 27 April oleh Jabatan Siasatan Jenayah Cawangan D7 Sabah.
"Operasi menyelamat wanita itu dijalankan di bawah Op Pintas. Kami turut menahan dua lelaki termasuk seorang warga Filipina masing-masing berusia 22 dan 36 tahun pada 26 April lepas di sebuah pusat hiburan dan hotel di sini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mohd Hamizi berkata kedua-dua mereka masing-masing direman dari 28 April hingga 2 dan 4 Mei, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM).
"Tindakan menyelamat wanita berkenaan memperlihatkan komitmen kami untuk memerangi pemerdagangan orang dan melindungi hak individu, tanpa mengira kewarganegaraan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024
Mangsa berusia antara 31 dan 33 tahun itu didakwa dipaksa bekerja di kelab malam di pulau bebas cukai itu. - Gambar/ Bernama
Jenazah Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq selamat dikebumikan
Jenazah korban serangan Balai Polis Ulu Tiram, Allahyarham Konstable Muhammad Syafiq Ahmad Said, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu 8, Jalan Gambang, Kuantan pada Sabtu jam 5.50 petang.
Pelajar UMT maut, rakan parah MPV terbabas di LPT2
Kejadian menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
AWANI Borneo [18/05/2024] - Tingkat infra rakyat | Sektor minyak & gas | Kawasan terpencil
AWANI Borneo Sabtu, 18 Mei 2024 bersama Assim Hassan.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan dalam sektor minyak & gas.
Tentera Darat Malaysia perkukuh komunikasi & koordinasi elak ancaman di kawasan terpencil
KBS Sabah terajui Program Sabah Youth Volunteer Community
Kementerian Belia dan Sukan Sabah disaran menggerakkan program yang sesuai untuk belia Sabah seperti Program Sabah Youth Volunteer Community (SYVOC) yang berperanan seperti rakan muda untuk mempromosi gaya hidup sihat dam komuniti.
JIM Sabah gempur PATI, 108 PATI ditahan
Lebih 100 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah.
Bantu mahasiswa akses pangkalan data pencarian pekerjaan
Politeknik Sandakan Sabah (PSS) melancarkan Pusat Satelit Myfuture Jobs dengan kerjasama PERKESO Sandakan dalam usaha membantu mahasiswa dalam mencari pekerjaan.
RM5 juta diperuntukkan bagi projek pemulihan di Sabah
RM5 juta diperuntukan bagi projek pemulihan 1,344 kebun koko di Sabah.
Pendapatan Sarawak diunjur RM16 bilion, tingkat infra rakyat
Kutipan hasil negeri Sarawak diunjur mencecah RM16 bilion, mengatasi kutipan RM13.78 bilion pada tahun lepas.
DBKL sita meja, kerusi dan khemah di bahu jalan Kampung Baru
DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang dibuka di bahu-bahu jalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru di sini.
'Saya juga ada matlamat....' - Siti Nurhaliza belum terfikir berhenti menyanyi
Penganjuran empat konsert berskala mega yang akan berlangsung di Singapura dan Genting Highlands itu bukan penanda dirinya akan meninggalkan dunia nyanyian.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Penghambaan zaman moden: Suri rumah jalani hukuman penjara 10 tahun hari ini
Seorang suri rumah akan mula menjalani hukuman penjara 10 tahun bermula hari ini.
Polis tahan tujuh lelaki Pakistan, selamatkan 4 mangsa pemerdagangan orang
Polis menahan tujuh lelaki warga Pakistan kerana disyaki terlibat dalam kes pemerdagangan orang, di sebuah apartmen di Taman Pandan Perdana, Ampang, di sini, Isnin lepas.
Malaysia, UK bincang kerjasama tangani isu buruh paksa
Perbincangan diadakan ketika Perutusan Khas Kerajaan UK mengenai Migrasi dan Perhambaan Moden melawat Malaysia.
Kes pemerdagangan orang di Wang Kelian, polis Thailand tahan wanita lari 7 tahun
Polis Thailand menahan seorang wanita yang didakwa mempunyai kaitan dengan kes penyeludupan Rohingya ke Malaysia tujuh tahun lalu.
Bekas calon PRU14 antara 11 ditahan terlibat sindiket pemerdagangan orang
Bekas ahli politik itu bertanding di peringkat Parlimen dan DUN pada PRU14, namun, kalah dan hilang wang pertaruhan.
131 mangsa pemerdagangan orang diselamatkan tahun ini - Rina
Kesemua mereka kini ditempatkan di rumah perlindungan milik kerajaan dan NGO serta diberi perintah perlindungan interim (IPO).
Isu pemerdagangan orang: KDN akan hantar laporan lengkap ke Jabatan Negara AS - Hamzah
Dokumentari itu memberikan gambaran sebenar usaha antipemerdagangan orang yang telah dilakukan di negara ini.
Polis Thailand tahan 7 lelaki terbabit pemerdagangan orang
Polis Thailand menahan tujuh lelaki atas kesalahan memperdagangkan warga tempatan untuk aktiviti menangkap ikan secara haram di perairan Malaysia.
MAPO perhebat usaha banteras jenayah pemerdagangan orang
Rencana ini bersempena dengan sambutan Hari Anti Pemerdagangan Orang Sedunia yang disambut pada 30 Julai setiap tahun. Tema tahun ini adalah "Victims' Voices Lead the Way".