Tindakan pantas seorang lelaki Myanmar membuat laporan polis selepas menyedari adiknya diculik, dapat menyelamatkan empat lagi lelaki yang menjadi mangsa tebusan di sebuah bilik di Berjaya Hills Resort, Bukit Tinggi, dekat sini, awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata polis juga dapat menahan suspek tiga jam selepas menyelamatkan kesemua lelaki warga Myanmar keturunan Rohingya yang berumur 16 hingga 40 tahun itu.
"Pada Ahad lepas, lelaki itu membuat laporan polis selepas menerima panggilan telefon mengarahkannya memasukkan wang tebusan RM11,000 bagi membebaskan adiknya yang diculik di Rawang ketika keluar mengirimkan wang kepada keluarga mereka di kampung," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Bertindak atas laporan itu, beliau berkata pada kira-kira 1 pagi ini, polis menyerbu sebuah bilik di pusat peranginan itu sebelum menemui kesemua mangsa yang bekerja sebagai buruh binaan dalam keadaan diikat dengan rantai besi.
Suspek menggunakan bilik yang diberikan majikannya untuk mengurung mangsa.
"Siasatan mendapati tiga daripada mereka datang dari Johor dan seorang masing-masing dari Kemaman, Terengganu dan Rawang, Selangor," katanya.
Abdul Rahim berkata, berdasarkan maklumat mangsa, polis menahan suspek yang bekerja di bahagian penyenggaraan di pusat peranginan itu, di Shah Alam tiga jam kemudian.
Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961.
Bernama
Tue Nov 05 2013
Pengasuh ditahan bantu siasatan bayi tujuh bulan meninggal dunia
Wanita berusia lingkungan 30-an itu direman hingga 10 Mei ini untuk siasatan lanjut.
'Lawatan Sultan Ibrahim pemangkin hubungan lebih kukuh' - Speaker Parlimen Singapura
Kehadiran YDP Agong bakal menjadi pemangkin hubungan yang lebih kukuh di antara dua negara, kata Speaker Singapura Seah Kian Peng
2 maut, lebih 20 cedera dalam serangan pisau ke atas hospital di China
Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala 23 lagi cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah hospital di wilayah barat daya Yunnan di China.
Pantau Agenda Reformasi: NACS 2024-2028 - Strategi baharu perangi rasuah
Malaysia rugi RM277 bilion dalam tempoh lima tahun akibat rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa negara kerugian RM277 bilion akibat jenayah rasuah dalam tempoh lima tahun lepas.
Fitnah Sultanah Terengganu: Rewcastle-Brown diarah hadir prosiding rayuan
Mahkamah Tinggi mengarahkan Rewcastle-Brown, hadir ke mahkamah dalam pengurusan kes rayuannya.
Pemilik kedai perkakas rugi RM3.4 juta terpedaya skim simpanan tetap
Seorang warga emas yang juga pemilik kedai barangan perkakasan kerugian sebanyak RM3.4 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim simpanan tetap.
[TERKINI] Speaker Dewan Negara Mutang Tagal masih dirawat di IJN
Pihak pejabat Yang Di-Pertua Dewan Negara memohon semua pihak agar tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih tentang status kesihatan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal.
Niaga AWANI: Forum Putrajaya 2024 buka ruang perkongsian maklumat bantu kurangkan jurang kepakaran
Forum Putrajaya 2024 buka ruang perkongsian kepakaran dan maklumat daripada negara lain bagi mengurangkan jurang kepakaran dalam menanggani cabaran isu keselamatan bukan tradisional.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
AWANI Ringkas: Rasuah makin menjadi-jadi, negara rugi ratusan bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis selamatkan lima lelaki Myanmar jadi tebusan
Lelaki-lelaki tebusan itu dijumpai di sebuah bilik di Berjaya Hills Resort, Bukit Tinggi.