DUNIA
Gaji Presiden Peru naik dua kali ganda cetus kemarahan rakyat

Kenaikan gaji tersebut telah diluluskan oleh kabinet dan akan berkuat kuasa serta-merta. - Foto REUTERS
LIMA: Gaji Presiden Peru, Dina Boluarte, telah meningkat kepada sekitar AS$10,000 sebulan, sekali gus mencetuskan kemarahan dalam kalangan rakyat yang berpendapat dana tersebut lebih wajar digunakan untuk menangani isu kemiskinan.
Ringkasan AI
- Gaji Presiden Peru Naik - Dina Boluarte kini menerima sekitar AS$10,000 sebulan, 30 kali ganda gaji minimum, mencetuskan kemarahan awam.
- Kritikan dan Kemiskinan - Warga Peru kritik kenaikan gaji ketika kadar kemiskinan masih 30 peratus, dengan populariti Boluarte hanya 24 peratus.
- Kontroversi Politik - Boluarte berdepan tuduhan rasuah dan kecaman terhadap tindak balas ke atas protes, menjelang pilihan raya 2026.
Kenaikan gaji tersebut telah diluluskan oleh kabinet dan akan berkuat kuasa serta-merta dan Kerajaan mempertahankan keputusan itu dengan menyatakan bahawa gaji Boluarte sebelum ini berada di tangga ke-11 daripada 13 pemimpin negara di Amerika Latin, hanya melebihi gaji Presiden Bolivia.
Warga Peru yang merupakan pesara, Rolando Fonseca menyuarakan rasa tidak puas hati dan menganggap ini sebagai satu jenaka.
"Kemiskinan melampau berlaku di seluruh Peru dan presiden sepatutnya menjadi contoh," katanya
Ekonomi Peru telah pulih dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini selepas kemelesetan akibat protes anti-kerajaan pada awal pentadbiran Boluarte namun, kadar kemiskinan yang meningkat ketika pandemik COVID-19 masih kekal pada paras 30 peratus.
Boluarte turut dijangka menamatkan penggalnya pada Julai 2026, selepas pilihan raya presiden yang dijadualkan berlangsung pada April tahun depan.
“Dia hampir tamat penggal, tiada keperluan untuk naikkan gaji. Dia sepatutnya membantu hospital dan kanak-kanak yang sakit,” kata Carmen Juarez, seorang suri rumah dari Lima.
Menurut tinjauan terkini oleh Datum dan Ipsos Peru, Boluarte mengambil alih kuasa pada akhir 2022 selepas bekas Presiden Pedro Castillo digulingkan dan ditahan kerana cuba membubarkan Kongres yang mana tahap sokongan Boluarte kini berada antara 2 hingga 4 peratus.
Beliau turut berdepan pelbagai tuduhan rasuah, termasuk dakwaan kekayaan haram melibatkan jam tangan mewah Rolex termasuk disiasat berhubung peranannya dalam mengendalikan tindak balas polis dan tentera terhadap protes anti-kerajaan yang mengakibatkan lebih 50 kematian.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami