awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis selesai rekod keterangan suami Fatin Afeefa

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
04/07/2023
22:15 MYT
Polis selesai rekod keterangan suami Fatin Afeefa
Polis telah merekodkan keterangan suami pelakon Fatin Afeefa yang dikenali sebagai Opai selepas mempamerkan nombor pendaftaran palsu pada sebuah kereta McLaren. - Foto fail/Gempak
KUALA LUMPUR: Polis telah merekodkan keterangan suami pelakon Fatin Afeefa yang dikenali sebagai Opai selepas mempamerkan nombor pendaftaran palsu pada sebuah kereta McLaren.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Saleh, pemilik kenderaan yang mempamerkan nombor pendaftaran QPA 1 sudah diambil keterangan oleh Pegawai penyiasat JSPT di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur, pada Isnin.
Katanya, kes masih dalam siasatan dan akan dirujuk kepada Pejabat Pendakwaan Negeri Kuala Lumpur.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 108 (3) (f) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, pada Selasa.
Sebelum ini, suami kepada seorang pelakon wanita itu dikecam teruk selepas tular videonya didakwa menghina kenderaan bukan 'supercar' pada sebuah acara pertunjukan kereta baru-baru ini.
JPJ Kuala Lumpur turut menggesa pemilik kenderaan mewah McLaren yang tular itu tampil membuat laporan.
Topic Berkaitan
#suami Fatin Afeefa
#nombor pendaftaran palsu
#Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur
#kereta McLaren
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan