SUAMI kepada pelakon Fatin Afeefa, Aliff Awang dikecam teruk oleh netizen dan selebriti selepas tular videonya didakwa telah menghina kereta jenis bukan supercar pada sebuah acara pertunjukan kereta baru-baru ini.
Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai akhirnya tampil menjelaskan serta memohon maaf berhubung tindakannya itu.
Katanya, video yang tular tersebut diambil secara spontan ketika acara sedang berlangsung dan tiada niat ingin menjatuhkan nama mana-mana pihak.
"Berhubung video saya yang sebelum ini viral, saya ingin buat sedikit penjelasan. Video berkenaan dibuat sangat spontan ketika waktu itu.
"Sebenarnya kenyataan yang dibuat pada waktu itu ditujukan kepada kawan-kawan saya yang bawa kereta Mustang, kereta AMG yang datang pada hari itu dan tidak dapat masuk untuk sertai event pada hari itu.
"Bukan secara terbuka untuk hentam mana-mana individu mahupun kumpulan yang membawa kereta tersebut.
"Memang sangat spontan, semua orang juga tengah berseronok ketika itu. Tiada niat untuk jatuhkan sesiapa. Saya mohon maaf," katanya.
Permohonan maaf itu dibuat Opai menerusi satu hantaran video pendek di Instagram Stories (IG Story) miliknya sebelum dikongsikan semula oleh seorang pengguna di laman TikTok.
Terdahulu, Opai dilihat menyertai satu acara pertunjukan 100 buah supercar yang diadakan di Pavilion Kuala Lumpur.
Opai kemudian memuat naik sepotong video dengan berpesan kepada pemilik kereta bukan jenis supercar supaya tidak hadir pada acara berkenaan.
Antara kereta yang disebutnya dalam video itu termasuk jenis FK8R, AMG, Mustang dan Honda pekak.
Selain netizen dan selebriti, video tersebut turut mendapat perhatian Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman apabila baginda menasihati agar tidak bersikap sombong serta memandang rendah pada mana-mana pemilik kereta tanpa mengira jenis kenderaan. -Gempak
Gempak
Sun Jun 04 2023
Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai akhirnya tampil menjelaskan serta memohon maaf berhubung tindakannya itu. -Gempak
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Fatin Afeefa syukur anak masih di bawah jagaannya hingga kes induk selesai
Fatin meluahkan rasa kecewa apabila bekas suaminya, Adam Shahz tidak menghadirkan diri ke mahkamah bagi menyelesaikan kes hak penjagaan anak mereka.
Ingkar notis temu siasat, JPJ minta bantuan polis cari suami Fatin Afeefa, Opai
JPJ mengesahkan suami pelakon Fatin Afeefa yang dikenali sebagai Opai sehingga belum hadir ke Pejabat JPJ untuk dirakam keterangan selepas notis panggilan temu siasat diserahkan.
'Tak guna atas jalan pun' - Opai jelas nombor plat 'fancy' pakai masa kahwin
Opai jelaskan, dia tidak menggunakan nombor plat 'QPA1' itu sewaktu memandu kenderaan di atas jalan raya.
Terbongkar Opai bukan pemilik nombor plat McLaren? Fatin Afeefa kongsi keadaan suami di hospital
JPJ Kuala Lumpur menggesa pemilik kereta mewah McLaren tampil membuat laporan selepas tular gambar kenderaan tersebut minggu lalu.
'Tiada niat jatuhkan sesiapa' - Dikecam hina kereta, suami Fatin Afeefa jelas perkara sebenar
Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai akhirnya tampil menjelaskan serta memohon maaf berhubung tindakannya itu.