awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis semak semula kes ragut libatkan warga emas di Bangsar

Bernama
Bernama
30/12/2024
09:15 MYT
Polis semak semula kes ragut libatkan warga emas di Bangsar
Rusdi (foto) berkata cadangan terhadap sebarang perubahan dalam pertuduhan yang dihadapi suspek, M.Thanabalan,38, akan dibuat bergantung kepada hasil semakan nanti. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyemak semula kes ragut melibatkan wanita warga emas, Lim Foong Mei di Bangsar pada 7 Okt selepas mangsa dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Ringkasan AI
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyemak semula kes ragut melibatkan Lim Foong Mei selepas mangsa meninggal dunia hari ini.
  • Ketua Polis Kuala Lumpur menyatakan bahawa perubahan dalam pertuduhan terhadap suspek, M. Thanabalan, akan dipertimbangkan berdasarkan hasil semakan.
  • Suspek telah ditangkap dan dituduh di mahkamah, dan siasatan lanjut akan dibuat untuk menentukan punca kematian mangsa sama ada berkaitan dengan kecederaan semasa kejadian ragut.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata cadangan terhadap sebarang perubahan dalam pertuduhan yang dihadapi suspek, M.Thanabalan,38, akan dibuat bergantung kepada hasil semakan nanti.
"Suspek telah ditangkap dan dituduh di mahkamah, mangsa (warga emas) telah dibenarkan keluar dari hospital dan siasatan lanjut akan dibuat berhubung punca kematiannya sama ada ia berkaitan dengan kecederaan semasa kejadian ragut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi pada 7 Okt lepas, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Lim sedang berjalan ke kedai di kawasan kejiranan di Jalan Limau Manis sebelum seorang penunggang motosikal meragut beg tangannya.
Kejadian menyebabkan mangsa terjatuh dan tidak bergerak di atas jalan sebelum didatangi orang awam yang kemudian membawanya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan akibat pendarahan di kepala.
Pada 24 Okt lepas suspek mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan rompakan harta beg tangan dan dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang wanita warga emas dengan cara meragut.
Dia dituduh mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga emas
#M Thanabalan
#Kes ragut
#Lim Foong Mei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan