GOMBAK: Kegiatan bengkel kenderaan beroperasi secara haram dengan membeli dan meleraikan kenderaan serta menjual semula komponennya di pasaran, terbongkar menerusi serbuan di sekitar kawasan Gombak pada Khamis.
Bengkel beroperasi atas tanah lapang selain terletak tepi bukit itu dipercayai didirikan secara tidak sah sejak lima tahun lalu.
Ketua Penolong Pengarah D4 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk CS Shanmugamoorty berkata, dalam serbuan di bengkel haram dipercayai beroperasi sejak 2019 itu, pihaknya telah menangkap pemilik bengkel terbabit yang merupakan seorang lelaki tempatan berumur 51 tahun.
"Siasatan mendapati perniagaan ini dipercayai bermodalkan sebanyak RM20,000 dengan keuntungan diperolehi setiap tahun dianggarkan RM150,000 hingga RM200,000.
"Jika dikira selama enam tahun beroperasi secara haram, jumlah secara kasar adalah RM1.2 juta.
"Jika disemak di Pejabat Tanah, sewaan bagi setiap bulan tanah tersebut adalah RM8,000 sebulan dan anggaran enam tahun ia beroperasi dipercayai tunggakan sewa hampir RM576,000," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Katanya, siasatan mendapati suspek membeli semua kenderaan terpakai untuk dileraikan, selain turut membeli kenderaan terlibat kemalangan, lari daripada bayaran bulanan dan kereta ditinggalkan.
"Kenderaan kemudiannya dileraikan sebelum dijual komponennya kepada kedai alat ganti kereta atau mana-mana individu," katanya.
Menurutnya, siasatan dijalankan bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 Akta Peniaga Sekendhend 1946, Seksyen 413 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).
Sementara itu jelasnya, operasi sama turut melibatkan serbuan sebuah bengkel di lokasi berdekatan.
"Operasi dijalankan kemudiannya menahan tiga warga asing yang bekerja di bengkel terbabit.
"Pemeriksaan mendapati kesemua suspek tidak memiliki sebarang dokumen sah dan disiasat bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Mar 15 2024
Serbuan dijalankan di sebuah bengkel kenderaan alat ganti terpakai dekat Gombak pada Khamis. -Foto Sinar Harian
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Che'gu Bard tiba di Mahkamah Sesyen Johor Bahru berdepan tuduhan lagi
Beliau yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali, dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Niaga AWANI: KWSP: Melestari kehidupan persaraan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat. Namun KWSP telah memperkenalkan Akaun Fleksibel dan berkuat kuasa mulai 11 Mei 2024. Bagaimana pengurusan persaraan selepas ini dan apakah pendekatan terbaik bagi meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat?
Polis serbu bengkel haram lerai kereta terpakai
Bengkel beroperasi atas tanah lapang selain terletak tepi bukit itu dipercayai didirikan secara tidak sah sejak lima tahun lalu.