awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir umum pengeluaran minyak baharu dari medan Teluk Suez
Mariah Carey bakal nyanyi lagu Itali pada upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk
Perintis teknologi GPS Gladys West meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis serbu kegiatan sabung ayam, enam ditahan

Bernama
Bernama
11/07/2025
05:00 MYT
Polis serbu kegiatan sabung ayam, enam ditahan
Kes disiasat di bawah Seksyen 73(1)(g) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda hingga RM2,000, penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya sekali. - Foto BERNAMA
BINTANGOR: Polis menyerbu kegiatan sabung ayam berhampiran Tanjung Manis semalam dan menahan enam lelaki.
Ketua Polis Meradong DSP Tansli Mering berkata beberapa barangan turut dirampas antaranya ayam sabung yang hidup dan telah mati, penimbang serta papan putih yang digunakan semasa pertarungan.
"Kesemua suspek warga tempatan yang disyaki terlibat dalam kegiatan judi haram itu ditahan di Balai Polis Bintangor untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tansli berkata kes disiasat di bawah Seksyen 73(1)(g) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda hingga RM2,000, penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Beliau turut menasihati orang awam supaya menjauhi sebarang bentuk perjudian haram termasuk sabung ayam dan menghubungi pihak polis sekiranya mempunyai maklumat mengenai aktiviti terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sabung ayam
#ayam sabung
#Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999
#perjudian haram
#tanjung manis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan