awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Shah Alam cekup dua geng curi motosikal

Bernama
Bernama
02/06/2023
10:30 MYT
Polis Shah Alam cekup dua geng curi motosikal
Mohd Iqbal (tengah) menunjukkan barang kes yang dirampas ketika sidang media berkaitan kejayaan polis menumpaskan dua kumpulan curi motosikal iaitu Geng Daus dan Geng Hafiz di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini. -Bernama
SHAH ALAM: Dua kumpulan yang aktif mencuri motosikal sejak awal tahun ini berjaya ditumpaskan dengan tertangkapnya sembilan lelaki dalam siri serbuan di sekitar Selangor pada bulan lepas.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata kesemua yang ditahan didapati mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk jenayah curi motosikal dan dadah, selain ada di antara mereka yang baru dibebaskan daripada penjara.
"Kita menjalankan enam serbuan bermula awal bulan lalu dan berjaya menahan sembilan suspek berumur 24 hingga 33 tahun di Klang, Shah Alam dan Banting," katanya pada sidang media hari ini.
Mohd Iqbal berkata dua geng itu biasanya melakukan jenayah di parkir awam dan pasar raya yang tidak mempunyai rakaman televisyen litar tertutup atau pengawal keselamatan, selain di flat dengan menyasarkan motosikal yang mudah dicuri terutama yang tidak mempunyai atau dilengkapi kunci pendua atau keselamatan.
Katanya motosikal yang dicuri akan dileraikan untuk dijual komponen sebelumnya rangkanya dibuang dan pihaknya tidak menolak kemungkinan hasil jualan digunakan bagi membeli dadah ekoran ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah.
"Berikutan penangkapan kesemua suspek itu, polis berjaya merampas 13 motosikal seperti Yamaha 135LC, Y15ZR dan Honda EX5 selain tiga rangka motosikal serta masing-masing dua bongkah enjin dan kulit enjin. Nilai rampasan dianggarkan RM20,000," katanya.
Beliau berkata pihaknya berjaya menyelesaikan 20 kes jenayah curi motosikal sekitar daerah ini dan Klang dengan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#curi motosikal
#rekod jenayah lampau
#serbuan di sekitar Selangor
#suspek positif dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan