Laporan lengkap mengenai aktiviti berbasikal secara berbahaya yang melibatkan 22 remaja di bandar raya ini, baru-baru ini, sudah disiapkan dan diserahkan kepada Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata laporan diserahkan pada Selasa lepas iaitu sehari sebelum bermulanya Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri, Rabu lepas.
"Laporan tersebut telah kita (polis) siapkan dan serahkan kepada Menteri Besar kerana kita tidak mahu perkara ini berada di 'tangan' polis sahaja. Jadi, tugas di pihak polis telah selesai.
Saya telah dimaklumkan bahawa Menteri Besar juga telah mengeluarkan arahan untuk menjalankan kajian mengenai undang-undang sedia yang kita boleh gunakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pertandingan menembak sempena Hari Polis ke-210 bersama media Johor di Ladang REM, di sini hari ini.
Laporan berkenaan dibuat susulan penahanan 22 remaja pada 2 April lepas yang masih menjalankan aktiviti berlumba basikal di Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, lokasi sama yang meragut lapan nyawa 18 Feb lalu.
Antara yang terkandung di dalam laporan berkenaan adalah supaya ibu bapa remaja yang ditahan berulang kali menunggang basikal diubah suai secara berbahaya di bandar raya ini, dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Kanak-kanak 2001.
Remaja yang ditahan terdiri daripada 20 remaja lelaki dan dua perempuan dengan 14 daripada mereka adalah penunggang basikal manakala baki merupakan penonton yang berusia 14 hingga 17 tahun.
Dalam kejadian 3 pagi, 18 Feb lepas, lapan remaja maut dan lapan lagi cedera dengan dua daripada mereka kritikal selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 09 2017
Insiden kemalangan jalan raya melibatkan kumpulan remaja berbasikal di Johor Bahru tidak lama dahulu, masih mencetuskan pelbagai tanda tanya. - Gambar fail
Letupan bom Sungai Golok: Polis mula guna kereta perisai
Kawalan dan rondaan menggunakan kenderaan itu dilaksanakan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) membabitkan seorang pegawai dan 13 anggota.
AWANI Ringkas: Kenaikan gaji penjawat awam mampu dilaksana
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guna anak patung Doraemon untuk upacara panggil hujan
Anak patung Doraemon itu turut diarak ke sekitar jalan utama di Khao Khala selepas kawasan tersebut berdepan kemarau berpanjangan.
Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging ditawar kepada jiran
Saksi memberitahu mangsa dipukul dengan kayu sebelum dibunuh kejam dan tubuhnya dikerat-kerat di tengah jalan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [4 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
Malaysia berpeluang berkembang dengan manfaat kemajuan teknologi AI
Nadella berkata, perbincangan dan dialog mengenai cabaran AI sentiasa berlangsung bagi mencari penyelesaian dan menilai impak penggunaan teknoklogi berkenaan.
Tiga nyaris maut, kereta jatuh cerun di LPT1
Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans APM.
Timbunan sisa runtuhan Gaza atasi Ukraine
UNMAS menganggarkan sisa runtuhan di Gaza berjumlah 37 juta tan atau 300 kilogram untuk setiap meter persegi.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa di Gaza
Kenyataan ini dibuat ketika pusingan baharu rundingan tidak langsung dijadual berlangsung di Kaherah, Mesir.
Polis siapkan dan serahkan laporan kejadian remaja berbasikal kepada MB Johor
Laporan lengkap mengenai aktiviti berbasikal secara berbahaya yang melibatkan 22 remaja di Johor Bahru, sudah disiapkan dan diserahkan kepada Menteri Besar Johor.