awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat Chef Wan kaitkan gaun Aishwarya Rai dengan Thaipusam

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
27/05/2024
14:25 MYT
Polis siasat Chef Wan kaitkan gaun Aishwarya Rai dengan Thaipusam
Polis mengesahkan Chef Wan sedang disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ Bukit Aman berhubung satu hantaran di media sosial yang bersifat perkauman membabitkan bintang Aishwarya Rai. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan Chef selebriti terkenal, Chef Wan sedang disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berhubung satu hantaran di media sosial yang bersifat perkauman membabitkan bintang tersohor, Aishwarya Rai.
Dalam komen tersebut, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail secara berseloroh berkata, gaun yang dipakai bekas ratu cantik di karpet merah di Festival Filem Cannes itu seperti membawa kavadi ke upacara Thaipusam di Batu Caves.
Bercakap kepada Astro AWANI, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari memaklumkan, pihaknya menerima satu laporan berhubung kes itu.
"Bagaimanapun kes ini diserahkan kepada USJT kerana melibatkan 3R iaitu agama, kaum dan raja," katanya di sini, pada Isnin.
Chef Wan dalam komennya secara berseloroh berkata, gaun yang dipakai Aiswarya Rai itu seperti membawa kavadi ke upacara Thaipusam. - Foto IG Namaste Bollywood
Chef Wan dalam komennya secara berseloroh berkata, gaun yang dipakai Aiswarya Rai itu seperti membawa kavadi ke upacara Thaipusam. - Foto IG Namaste Bollywood
Ahmad Sukarno turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyentuh isu 3R di mana-mana platform kerana ia boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam pelbagai kaum di Malaysia.
Komen Chef Wan itu mencetuskan kecaman daripada netizen yang menyifatkan kenyataan itu sebagai bersikap perkauman dan tidak mengambarkan identiti seorang yang terkenal.
Ia adalah reaksi kepada video Aiswarya Rai di Festival Filem Cannes yang dikongski pemilik akaun Instagram Namaste Bollywood berserta kapsyen First thought that comes to mind.
Topic Berkaitan
#Chef Wan
#perkauman
#Polis Diraja Malaysia
#Aishwarya Rai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan